Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bising

Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
noise-induced hearing losehilang pendengaran aruhan bisingSains KesihatanTiadaPengurangan kepekaan terhadap pendengaran kerana pendedahan kepada bunyi bising.
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Bunyi bising yang terhasil daripada letupan baki campuran udara-bahan api di dalam pancarongga ekzos. (2) Bunyi bising yang terhasil daripada perubahan awal campuran udara-bahan api di dalam pancarongga masukan.
tappet noisebising tapetKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBunyi ketukan yang disebabkan oleh ruang lega yang wujud di antara batang injap dengan lengan jumpelang, atau di antara batang injap dengan pengangkat injap.
tappet noisebising tapetKejuruteraan AutomotifEnjinKebisingan yang berlaku disebabkan kelegaan yang tinggi atau besar di antara penutup injap dengan aci sesondol.
knockketukanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBunyi bising yang dihasilkan daripada hentaman antara logam di dalam enjin.
tappet noisehingar tapetKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising yang disebabkan oleh hentaman di antara batang injap dengan lengan angguk atau pengangkat injap. Bunyi ini disebabkan oleh wujudnya kelegaan di antara komponen tersebut dan menjadi lebih kuat sekiranya kelegaan tapet ini melebihi spesifikasi yang ditetapkan.
diesel knockketukan dieselKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising disebabkan perubahan tekanan mendadak dalam enjin diesel apabila berlaku pembakaran tidak terkawal. Keadaan ini terjadi apabila enjin tersebut beroperasi dalam keadaan sejuk atau berfungsi dalam kelajuan yang rendah. Ketukan diesel dipengaruhi nombor setana dan pemasaan suntikan lewat.
pingbunyi �ping�Kejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBunyi bising yang terhasil daripada pencucuhan.
piston slapbunyi tamparan ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBunyi bising yang dihasilkan oleh omboh yang dipasang terlalu longgar di dalam silinder enjin.
articulation indexindeks sebutanSains KesihatanTiadaIndeks yang menunjukkan kebolehan individu memahami pertuturan dalam suasana bising.
12

Kembali ke atas