bo | bo | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional negara China yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Bo berbentuk alat muzik simbal dan dimainkan dalam ensembel tarian singa dan ensembel muzik Cina yang lain. |
Bodenstein number | nombor Bodenstein | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah pemindahan pukal jisim terhadap pemindahan jisim secara resapan di dalam liang mangkin yang dijelaskan sebagai Bo = dp u/Da, dengan Bo = nombor Bodenstein, u = halaju bendalir (cm/s), dp = garis pusat zarah mangkin (cm), Da = pekali resapan berkesan (cm2/s), |
nutritional disorder | rancu nutrisi | Biologi | Patologi | Rancu terhadap keseimbangan unsur, biasanya unsur surih, misalnya kekurangan unsur boron (Bo), magnesium (Mg) dan lain-lain lagi. |
jing xi | jing xi | Muzik | Tiada | Nama Mandarin untuk opera Beijing yang muncul pada abad ke-18 dan abad ke-19 di China Utara. Terdapat dua jenis instrumentasi asas yang mengiringi opera Beijing. Pertama, alat muzik genderang seperti bo (simbal), luo (gong) dan gu (dram) yang dikategorikan sebagai ensembel militari. Kedua, alat muzik tali huqin, yueh qin dan pipa yang dikategorikan sebagai ensembel sivil. Opera Beijing dipersembahkan dalam bahasa Mandarin. Jing xi bermaksud rama-rama ibu kota. Sinonim ching hsi, opera Beijing. Lihat juga opera Cina. |
dominant allele | alel dominan | Sains Forensik | Tiada | Alel yang dapat menonjolkan fenotipnya walaupun dengan kehadiran alel lain dalam gen yang sama. Contohnya, dalam sistem darah ABO, alel A dan B adalah dominan dan alel O ialah resesif. Dua tompok darah yang dikesan sebagai jenis B mungkin berasal daripada individu yang mempunyai genotip BB (homozigos) atau BO (heterozigos). Hal ini penting dalam ujian paterniti forensik. |
tarian singa | tarian singa | Muzik | Tiada | Tarian masyarakat Cina yang melambangkan keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian ini dipersembahkan bagi merayakan Tahun Baru Cina, pembukaan perniagaan baru, majlis perkahwinan dan majlis meraikan tetamu kehormat. Penari pertama menggerakkan kepala singa manakala penari kedua pula menggerakkan badan singa tersebut. Tarian ini diiringi ensembel yang terdiri daripada luo (gong), bo (simbal) dan shigu (dram besar). |
agoge | tekanan agogik | Muzik | Tiada | Beberapa variasi tekanan yang wujud dalam sesuatu karya yang melahirkan kelonggaran aliran ritma dalam persembahan. Tekanan boleh berlaku dalam beberapa cara, iaitu pertama, tekanan agogik berhubung rapat dengan ekspresi dalam muzik seperti rallentando, pausa, rubato dan accelerando. Kedua ialah not pertama dalam frasa diberi tekanan dan boleh dilanjutkan sedikit ritmanya. Ketiga pula, salah satu not lompatan dari not rendah ke not tinggi atau sebaliknya boleh diberi tekanan. Keempat diskord yang terus maju ke konkord dalam frasa diberi tekanan. |