Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1. lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar): atap ini sudah ada ~nya; membunuh ~ menutup lubang tiris; 2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris: atap ini sudah ~ benar; 3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dll): kertas peperiksaan tahun ini ada yg ~; 4. bp selalu buang air; ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;membocorkan 1. menjadikan bocor (tiris dll); 2. menjadikan diketahui orang (rahsia dll): ada orang yg telah ~ rahsia itu; bocoran 1. lubang yg menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk); 2. air yg keluar atau masuk melalui benda yg bocor;kebocoran 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~;pembocoran perihal (perbuatan) membocorkan: ~ rahsia;pembocor orang yg membocorkan (rahsia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1 lubang (spt yg terdapat pd atap) yg menyebabkan cecair dpt masuk atau keluar: Atap ini perlu diganti kerana terlalu banyak ~nya. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Baldi yg ~ itu sudah tidak dpt digunakan lagi. 3 sudah diketahui orang lain (ttg sesuatu rahsia): Bagaimana rahsia kita sampai ~ ke pihak musuh? ~ mulut tidak dpt menyimpan rahsia. membocorkan 1 menjadikan bocor atau berlubang: Siapa yg ~ tayar basikalku ini? 2 memberitahukan atau membuka sesuatu rahsia kpd orang lain: Orang yg ~ rahsia kita ini akan menerima balasannya kelak. kebocoran 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. pembocoran perbuatan atau hal membocorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bocor

Peribahasa

Seperti tempayan bocor.

Bermaksud :

Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leakage channelsaluran bocorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLaluan maya dalam suatu sistem yang wujud akibat kegoyahan atau kelemahan ciri keselamatan. Laluan ini boleh disalahgunakan untuk menyalurkan maklumat dengan cara yang tidak boleh dikesan oleh pengguna sistem.
leak detectorpengesan bocorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebarang alat atau bahan yang digunakan untuk mengesan kebocoran gas atau bahan pendingin. Jenis yang biasa digunakan ialah elektronik atau buih sabun.
leak before break (LBB)bocor sebelum pecahSains NuklearKejuruteraan ReaktorKebocoran yang dikesan pada komponen reaktor nuklear apabila bahan penyejuk mengalir keluar sebelum komponen tersebut pecah.
blowbyhembus pintasKejuruteraan AutomotifEnjinHasil sampingan pembakaran, kebanyakannya mengandungi hidrokarbon yang bocor dari kebuk pembakaran melalui gelang omboh ke dalam kotak engkol ketika lejang mampatan dan lejang kuasa. Wap hembusan ini disedut ke dalam lejang pengambilan melalui sistem pengalihudaraan kotak engkol positif. Seterusnya, wap hembusan ini dibakar di dalam enjin. Lihat juga pencairan dalam kotak engkol.
exhaust emissionspancaran ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPencemaran yang dipancarkan ke atmosfera melalui mana-mana bahagian ekzos yang terbuka atau bocor.
pressure testerpenguji tekananKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang menguji dan mengukur tekanan dalam sistem penyejuk, untuk menentukan sama ada sistem penyejuk bocor atau tidak.
steam generator tube rupture (SGTR)tiub penjana stim pecahSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan yang berlaku apabila salah satu atau beberapa tiub di dalam penjana stim loji nuklear pecah atau bocor.
cylinder leakage testerpenguji kebocoran silinderKejuruteraan AutomotifEnjinAlat penguji tahap kekedapan silinder enjin. Alat ini memasukkan udara termampat bertekanan sangat tinggi ke dalam silinder enjin melalui lubang palam pencucuh. Dalam keadaan ini, semua injap tertutup dan omboh berada di kedudukan takat terakhir atas di hujung lejang mampatan. Semasa ujian ini, peratusan udara termampat yang bocor diukur dan lokasi ke- bocoran dikenal pasti. Sinonim penguji mampatan silinder.

Kembali ke atas