Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.la] | بولا

Definisi : benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan; ~ air Id sj permainan bola sambil berenang, polo air; ~ biliard sj permainan memukul bola-bola dgn kayu di atas meja; ~ golek sj permainan (judi) dgn bola-bola di atas meja yg memakai lubang-lubang dan nombor-nombor; ~ jaring sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd tujuh orang pemain wanita setiap pasukan; ~ karan sj permainan bola golek yg memakai karan; ~ keranjang sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; ~ kiu bola yg ditonjol dgn kiu (dlm permainan snuker atau biliard); ~ lampu Id bal lampu; ~ sepak sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; ~ sodok (tojok) Id bola biliard; ~ tampar sj permainan antara dua pasukan dgn enam orang pemain setiap pasukan, yg menampar bola melangkaui jaring di tengah gelanggang; ~ tampel Id permainan tenis; ~ tangan sj permainan bola dgn tangan; ~ tangkis sj permainan dgn memukul tangkai bulu tangkis, badminton; ~ tongkat Id sj permainan bola di padang yg dipukul dgn kayu, hoki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.la] | بولا

Definisi : benda berbentuk bulat yg dibuat drpd getah dsb dan digunakan utk bermain: ~ hoki; ~ pingpong. ~ air sj permainan bola sambil berenang dlm air. ~ jaring sj permainan utk wanita yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola masuk ke dlm jaring yg disediakan (pemain tidak boleh bergerak dgn membawa bola lebih drpd 1½ langkah). ~ keranjang sj permainan yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola ke dlm keranjang yg telah disediakan (pemain boleh membawa bola dgn melantunkannya). ~ sepak sj permainan menyepak bola antara dua pasukan dgn cara dan syarat tertentu dan pemain dikehendaki menyepak bola ke dlm gol lawan. ~ tampar sj permainan memukul bola dgn tangan, di atas gelanggang yg direntangi jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bola


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
korfballbola korfSukanTiadaPermainan bola seakan-akan bola keranjang, dimainkan oleh dua (2) pasukan campuran jantina. Setiap pasukan terdiri daripada lapan (8) pemain, iaitu empat (4) lelaki dan empat (4) wanita. Permainan ini berasal dari Dutch, Belanda.
soccer ball structurestruktur bola sepakFizikNanoteknologiStruktur molekul fulerena C-60 yang atom karbonnya tersusun membentuk sfera kosong seperti sebiji bola sepak. Contoh molekul fulerena berstruktur bola sepak ialah bukminsterfulerena C-60 dan bola bucky.
pickleballbola pikelSukanTiadaPermainan bola plastik di gelanggang rata, dimainkan oleh dua (2) pasangan pemain. Bola tersebut dipukul di atas jaring rendah dengan menggunakan pemukul pendek.
intertask transferpemindahan interlakuanSains SukanBiomekanikSituasi pembelajaran motor yang melibatkan pengaruh kemahiran yang berlainan terhadap pembelajaran kemahiran yang baharu. Contohnya, kemahiran menjaring bola dalam sukan bola keranjang boleh membantu pembelajaran kemahiran dalam sukan bola jaring.
lacrossebola saukSukanTiadaPermainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan.
magnus effectkesan magnusSains SukanBiomekanikKesan yang menyimpang atau mengalihkan sesuatu objek dari laluannya secara drastik akibat rintangan udara dan putaran objek tersebut. Contohnya, putaran atas pada bola menyebabkan bola menjunam secara mendadak.
cyclo ballbola basikalSukanLumba BasikalSejenis acara berbasikal dalam gelanggang yang menggunakan bola.
cyclo ballbola basikalSukanLumba BasikalSejenis acara berbasikal dalam gelanggang yang menggunakan bola.
ball-and-stick modelmodel bola dan batangFizikNanoteknologiModel kimia yang menganggap bola sebagai atom dan tiap- tiap batang sebagai ikatan. Keupayaan saling tindak ikatan akan dipilih bergantung pada jenis ikatan. Oleh itu, fungsi tenaga dan parameter yang lain dapat disesuaikan dengan susunan atom.
anatomical analysisanalisis anatomiSains SukanBiomekanikPemerhatian terhadap pergerakan untuk menentukan tindakan sendi dan otot yang terlibat. Contohnya, melakukan pemerhatian terhadap pergerakan sendi dan otot kaki semasa menggelecek bola dalam permainan bola sepak.
123456789

Kembali ke atas