renewable resource | sumber boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim. |
insurable risk | risiko boleh insurans | insurans | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |
string | rentetan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Susunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden. |
renewable term insurance | insurans sementara boleh baharu | insurans | Tiada | Insurans sementara yang boleh diperbaharu untuk satu tempoh lagi tanpa bukti boleh insurans. |
recyclable waste | sisa boleh kitar semula | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan buangan yang boleh digunakan semula. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai bahan mentah lain, bahan api dan produk baharu untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan aktiviti pengurusan sisa. |
noncancellable policy | polisi tidak boleh batal | insurans | Tiada | Kontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh insured. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh insured atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja. |
adaptation | penyesuaian | Sains Kesihatan | Tiada | Fenomena yang berlaku ke atas sistem auditori di mana bunyi yang bunyi yang boleh didengari menjadi tidak boleh didengari dalam masa tertentu. |
photochromism | fotokromisma | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Transformasi boleh balik antara dua spesies kimia yang menyerap pancaran elektromagnet pada spektrum penyerapan yang berbeza. Hal ini boleh dijelaskan sebagai perubahan warna boleh berbalik apabila terdedah kepada cahaya. |
account payee only | akaun penerima sahaja | Ekonomi | Tiada | Arahan tentang cek tertentu yang sifatnya hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan, atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan serta-merta. Sinonim cek berpalang. |
immunity | imuniti | Perikanan | Akuakultur | Keadaan ikan yang mempunyai daya tahan atau perlindungan yang mencukupi untuk menggelakkan jangkitan penyakit atau menghalang kemasukan bahan asing yang boleh memudaratkan. Keadaan ini boleh terhasil daripada proses imunisasi/vaksinasi atau akibat jangkitan lampau atau diperoleh daripada induk ikan. Perlindungan yang diperoleh selepas jangkitan dikenali sebagai imuniti adaptif, manakala imuniti semula jadi merujuk kepada perlindungan yang diperoleh sejak dilahirkan. |