Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.gol] | بوڠڬول

Definisi : 1. bonjol pd batang pokok, bongkol, bonjol; 2. benjol besar pd belakang binatang spt unta dsb utk menyimpan lemak dan air, bondok, ponok: unta menyimpan makanannya dlm ~ yg ada di belakangnya; ~ kecil bonggol yg kecil (pd pokok dll), bintil; ~ kem roda panjang yg menyebabkan gerakan keluar masuk (turun naik dll); berbonggol, berbonggol-bonggol berbenjol-benjol: rupanya spt tiang yg berbonggol-bonggol yg tinggi hanya beberapa kaki saja;membonggol membonjol: seorang lelaki berperut besar dgn urat lehernya ~ duduk di sisi Usamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.gol] | بوڠڬول

Definisi : 1 bahagian pokok yg berbuku-buku; buku pd batang pokok. 2 daging yg berbuku-buku spt yg terdapat pd belakang unta; ponok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonggol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humpbonggolKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKecacatan akibat tujahan dari dalam semasa proses pembuatan.
road hump/road bumpbonggol jalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
nanoscale abacussempoa nanoskalaFizikNanoteknologiSusun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM).
valve spring retainer lockpengunci penahan pegas injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang digunakan untuk mengunci batang injap pada penahan pegas injap supaya pegas sentiasa berada tetap pada kedudukannya. Komponen ini berbentuk silinder tirus yang terpisah kepada dua bahagian dan mempunyai bonggol gegelang di tengahnya untuk dipasangkan pada batang injap dan penahan pegas injap.

Kembali ke atas