bourgeoisie | borjuis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas pekerja. |
petit bourgeois | borjuis kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan. |
petit bourgeois | borjuis bawahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat borjuis kecil. |
bourgeois | borjuis | Ekonomi | Tiada | Satu kelas pertengahan masyarakat yang terlibat dalam industri yang mengikut Karl Marx, menjadi penindas kepada kelas pekerja (proletariat). Mereka termasuk pedagang, jurubank, pelabur utama, dan usahawan di sektor industri. Golongan ini memainkan peranan penting semasa revolusi industri di Eropah Barat. |
domestic tragedy | tragedi keluarga | Kesusasteraan | Tiada | Drama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller. |
proletarianization | pemproletarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin. |
Marxist criticism | kritikan Marxis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganggap sastera sebagai suatu idiologi yang mencerminkan pergelutan kelas sosioekonomi masyarakat. Kaedah kritikan ini berteraskan teori Marxis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mengikut teori Marxis, sejarah manusia termasuklah institusi, cara pemikiran dan hubungan manusia dipengaruhi sepenuhnya oleh sistem ekonomi yang diamalkan termasuk kaedah pengeluaran. Kaedah pengeluaran mempengaruhi hubungan kuasa dan menimbulkan konflik antara kelas dalam masyarakat. Kritikan Marxis membincangkan pertalian antara karya dengan elemen yang mempengaruhi penulisannya seperti kelas, idiologi dan ekonomi. Kritikan Marxis mementingkan paparan kehidupan yang realisitik terutamanaya mengenai isu keterasingan manusia dan konflik antara kelas dalam sistem kapitalis. Kritikan ini juga mempertikaikan tulisan yang memperakukan nilai borjuis, iaitu nilai material dalam sistem kapitalis. Pendekatan Marxis memanfaatkan kaedah realisme sosial yang berfungsi untuk menjelaskan gambaran realiti yang sebenar menurut fahaman Marxis. Antara pengkritik teori ini ialah Georg Lukacs, Pierre Macherey, Terry Eagleton dan Fredric Jameson. Lihat juga kritikan sastera, realisme sosial. |