botanical name | nama botani | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nama saintifik tumbuhan dalam bahasa Latin. Kebiasaannya nama botani mengandungi tiga perkataan. Perkataan pertama dimulai dengan huruf besar yang ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan genus tumbuhan. Perkataan kedua juga ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan spesiesnya, sementara perkataan ketiga menyatakan nama ahli botani yang menemui dan menamai tumbuhan tersebut. Nama botani suatu tumbuhan adalah berdasarkan Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN). Namun, bagi tumbuhan kultigen, kultivar tambahan dan/atau kumpulan epitet adalah berdasarkan pada Kod Antarabangsa Tatanama bagi Tumbuhan Tanaman. Contohnya, Orthosiphon stamineus Benth. ialah nama botani pokok misai kucing. |
botanical verification | penentusahan botani | Herba | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menentusahkan spesies tumbuh-tumbuhan berdasarkan maklumat nama binomial Latin yang terkini, sinonimnya, nama tempatan, bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk setiap sediaan serta arahan terperinci pengeluaran pertanian dan syarat pengumpulan berdasarkan Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP) sesebuah negara. |
vascular plant | tumbuhan vaskular | Botani | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai sistem vaskular, iaitu floem dan xilem untuk mengangkut air dan nutrien Jenis tumbuhan ini terdiri daripada paku pakis, angiosperma dan gimnosperma. |
vascular plant | tumbuhan vaskular | Botani | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai sistem vaskular, iaitu floem dan xilem untuk mengangkut air dan nutrien Jenis tumbuhan ini terdiri daripada paku pakis, angiosperma dan gimnosperma. |
taxanomic classification | pengelasan taksonomi | Herba | Tiada | Pengelasan herba mengikut sistem pengelasan botani yang menurut asal usul tumbuhan berdasarkan kelas, order, famili, genera dan spesies. Sistem ini menyediakan peraturan yang tepat dan teratur dan boleh digunakan untuk menyesuaikan sebarang herba dalam kumpulannya tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini tidak begitu popular. |
complete formulation | formula lengkap | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat produk herba termasuk kandungan, kuantiti dan nama botani setiap bahan. Maklumat ini diperlukan untuk pengelasan produk tersebut. |
identification | pengecaman | Pertanian | Tiada | Proses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat. |
herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |
Good Collection Practices (GCP) | Amalan Pengumpulan Baik (GCP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP. |
herbal raw material specification | spesifikasi bahan mentah herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi bahan mentah herba yang digunakan untuk tujuan kawalan kualiti dalam pemprosesan sediaan atau penghasilan produk akhir herba. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi nama botani dan famili tumbuhan, asal usul sumber tumbuhan, bahagian tumbuhan yang digunakan, ciri makroskopi dan mikroskopi, ujian pengecaman, ujian had, ujian ketulenan, nilai ekstraktif, assai dan ujian lain seperti penentuan saiz partikel dan kandungan residu pelarut. |