packaging material | bahan pembungkusan | Herba | Tiada | Bahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer. |
fomentation | fomentasi | Herba | Tiada | Proses merawat dengan alat pemanas khusus bagi memanaskan bahagian badan untuk meredakan kesakitan. Pemanasan setempat menyebabkan saluran darah mengembang yang menyebabkan perfusi pada tisu sasaran. Contoh alat pemanas ialah tungku yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin, botol air panas, alat elektrik dan bahan kimia. |
fomentation | fomentasi | Herba | Tiada | Proses merawat dengan alat pemanas khusus bagi memanaskan bahagian badan untuk meredakan kesakitan. Pemanasan setempat menyebabkan saluran darah mengembang yang menyebabkan perfusi pada tisu sasaran. Contoh alat pemanas ialah tungku yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin, botol air panas, alat elektrik dan bahan kimia. |
rigid packaging | pembungkusan tegar | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Bungkusan yang mempunyai kekuatan menahan impak yang tinggi yang bertujuan untuk melindungi kandungan bahan yang terdapat di dalamnya dan mempunyai ciri-ciri halangan yang tinggi untuk menentang perubahan suhu. Contoh pembungkusan tegar adalah cawan, botol, tin, poliester (PET) dan sebagainya. |
packaging material | bahan pembungkusan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan yang digunakan untuk membungkus sesuatu bahan atau produk herba dan kosmetik termasuklah bahan pembungkusan yang digunakan untuk tujuan pengangkutan atau penghantaran. Bahan pembungkusan terdiri daripada dua jenis, iaitu primer dan sekunder. Contoh bahan pembungkusan primer seperti botol, tiub, paket, uncang dan pek gelembung yang bersentuhan secara langsung dengan produk. Contoh bahan pembungkusan sekunder seperti kotak dan karton yang digunakan untuk membungkus setiap unit produk. |
baccarat | bakarat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai. |