Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fruitbuahHerbaTiadaOrgan tumbuhan yang terjadi daripada ovari bunga atau putik. Buah biasanya berbiji, berisi atau kering. Buah utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, buah pala, buah pinang, buah delima dan buah asam gelugor.
olivezaitunHerbaTiadaTumbuhan daripada genus Olea dalam order Schrophulariales terutamanya pohon zaitun (Olea europaea) yang ditanam untuk buah drupanya. Buah zaitun ranum berwarna hitam sesuai untuk dimakan dan buah zaitun muda berwarna hijau mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Minyak zaitun digunakan sebagai emolien dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan nutrien.
fruit peelkulit buahHerbaTiadaBahagian kulit buah bagi suatu bahan mentah herba. Kandungan kulit buah kaya dengan minyak pati/meruap dan bahan pahit. Contohnya, pericarpium Citri reticulatae adalah kulit buah ranum Citrus reticulate Blanco atau kultivarnya yang telah dikeringkan.
abortifacientabortifasienHerbaTiadaHerba yang mengaruh keguguran kandungan fetus. Contoh herba ini ialah gajah beranak, buah pala dan buah nanas muda.
fruit abnormalitieskeabnormalan buahPertanianTiadaBuah yang mempunyai satu atau lebih karpel supernumerari yang cekang dan bernabu.
fruitwoodkayu pokok buah-buahanKesenianHiasan DalamanKayu daripada pokok buah-buahan yang boleh digunakan untuk membuat perabot seperti kabinet. Contohnya, kayu pokok durian, pulasan, mangga dan rambutan.
antitussiveantitusifHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau melegakan batuk. Contohnya, ekstrak daripada buah asam jawa (Tamarindus indica) dan buah limau nipis (Citrus aurantifolia) yang bersifat antitusif.
nephritisnefritisHerbaFitoterapiKeradangan nefron, iaitu unit yang berfungsi di dalam buah pinggang. Nefritis juga dikenali sebagai glomerulonefritis yang mengakibatkan pemusnahan atau proliferasi tisu buah pinggang.
antiemeticantiemetikHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. Contohnya, ekstrak buah mengkudu (Morinda citrifolia), rizom halia (Zingiber officinale) dan buah atau daun limau purut (Citrus hystrix) yang bersifat antiemetik.
sedativesedatifHerbaPemiawaianSifat pada ekstrak herba yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat dan dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan kegelisahan. Contoh herba yang mempunyai kesan sedatif ialah ekstrak rizom lengkuas (Alpinia galanga), buah kecubung (Datura metel) dan buah cabai pintal (Helecteres isora).
12345678910

Kembali ke atas