bubble tea | teh mutiara | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Sejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding. |

food-drug interphase product | produk antara fasa makanan-ubat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang mengandungi gabungan bahan makanan dan bahan aktif untuk penggunaan secara oral. Contoh bahan makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, susu, koko dan bijirin. Contoh bahan aktif ialah vitamin, mineral, herba, enzim, probiotik, prebiotik dan bahan-bahan lain yang tidak digunakan secara tradisional sebagai makanan. Produk antara fasa makanan-ubat boleh didapati dalam bentuk serbuk, cecair dan separuh pepejal seperti gel/jeli, tablet kunyah, titisan, granul dan lain-lain. |
juice | jus | Herba | Tiada | Cecair semula jadi yang dihasilkan secara perahan atau torehan daripada tumbuhan segar. Jus merupakan nama umum bagi sap tumbuhan yang mengalir dalam batang pokok, cecair daripada tisu tumbuhan dan rembesan susu atau getah yang terdapat dalam sesalur latisifer. Contohnya, jus buah limau dihasilkan secara perahan dan getah candu dihasilkan secara torehan. |