romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada beberapa pendapat: Pertama, manusia dilahirkan baik dan hanya dikorupsikan oleh pengalaman dalam masyarakat. Kedua, kerohanian dan emosi manusia adalah alat yang paling sesuai untuk menghasilkan puisi. Ketiga, perubahan spiritual manusia secara evolusi boleh didatangkan dengan meletakkan alam semula jadi pada tahap yang lebih tinggi daripada ketamadunan manusia, revolusi lebih daripada status quo, dan daya melebihi kekangan. Dari segi puitika, pergerakan ini berusaha untuk menukar diksi kepada bahasa basahan, menggunakan bahan rujukan daripada cerita rakyat, mitos, autobiografi, dan pengalaman visionari, menggunakan alam sekitar sebagai pemangkin meditasi dan perasaan, menggalakkan inovasi dan komposisi organik berbanding dengan forma yang dikenakan seperti koplet wiraan dan ode, dan bercita-cita untuk melepasi batas-batas kebiasaan. Era ini turut dikenali sebagai zaman keemasan puisi Barat dengan penulis puisi seperti Wordsworth, Coleridge, Shelley, Keats, Byron dan Blake. Kadangkala zaman ini turut dikebelakangkan lagi masanya meliputi zaman Robert Burns atau ditambah masa ke depan dan mengambil kira penyajak zaman Victoria seperti Brownings, Tennyson, Arnold dan Yeats. Yeats sering dikenali sebagai ahli puisi roman terunggul yang terakhir. Antara penulis puisi roman Amerika yang terkenal ialah Walt Whitman yang menghasilkan paradigma puisi romantik yang memaparkan idealisme, bentuk organik, perasaan terbuka, diksi dan keraian alam semula jadi. Penulis Amerika lain termasuk Bryant, Irving, Cooper, Hawthorne, Melville, Stowe, Poe, Whitman dan Emerson. |
shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?. |