tissue engineering | kejuruteraan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |
weak artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan lemah | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kecerdasan terhad buatan. |
strong artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan kukuh | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kecerdasan umum buatan. |
artificial bone | tulang buatan | Fizik | Nanoteknologi | Bahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur. |
artificial protein | protein buatan | Fizik | Nanoteknologi | Satu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik. |
artificial photosynthesis | fotosintesis buatan | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod. |
mating type | jenis mengawan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah mengawan, iaitu sama ada secara semula jadi atau buatan. Jenis mengawan semula jadi berlaku secara rawak atau melalui pemilihan sebelum mengawan manakala jenis mengawan buatan pula menggunakan kaedah permanian beradas atau in vitro. |
artificial drying | pengeringan buatan | Herba | Tiada | Kaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah. |
artificial immunity | keimunan buatan | Kejururawatan | Tiada | Keimunan yang diakibatkan oleh pendedahan secara sengaja kepada antigen. |
artificial pacemaker | perentak buatan | Kejururawatan | Tiada | Alat elektrik yang diletakkan dalam jantung dengan tujuan merawat jantung yang mengalami masalah konduksi. |