anabasis | anabasis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ... |
dalang budak | dalang budak | Kesusasteraan | Tiada | Kanak-kanak yang menjadi dalang wayang kulit. |
cherub | cerub | Kesenian | Hiasan Dalaman | Seni hiasan yang berukiran simbolik, yang berupa budak bersayap sebagai persembahan lambang keagamaan. Seni ini terkenal di Itali pada abad ke-17. Cerub juga digunakan pada batu nisan orang Inggeris dan Amerika pada abad ke-17 dan ke-18. |
cracker | perekah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu berperwatakan penggodam dan pengguna hasad yang menggunakan kemahiran pengatucaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer milik pihak lain. Beliau menerbitkan hasil kerjanya dalam bentuk kod perengkah, skrip, warez atau aturcara yang boleh digunakan oleh pengguna hasad lain seperti budak skrip. Sinonim topi hitam. |
castration complex | kompleks kembirian | Kesusasteraan | Tiada | Teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat identiti gender mereka, iaitu budak lelaki harus belajar melepaskan perkongsian identiti dengan ibunya dan mula mengenali dirinya lebih mirip dengan bapanya. Budak perempuan pula melepaskan bapanya dan mengenali dirinya sama seperti ibunya. Persoalan identiti gender ini mendapat perhatian ahli feminis dan kajian dalam teori feminisme. Pemikiran ini banyak dimanfaatkan dalam penulisan sastera. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |