Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ka] | بوک

Definisi : 1. ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas: sebuah gua yg luas, ~nya tiga puluh hasta dr kiri ke kanan dan tiga hasta dr atas ke bawah; ruang tamu itu ~nya 7m × 5m; 2. jarak lintang sesuatu: ~ jalan itu tiga depa; jambatan yg sedang dibina itu ~nya 10 meter;berbuka = ~ puasa mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;membuka 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ ungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik;membukai 1. membuka utk: tidak dibukai pintu utk ia masuk; 2. membuka banyak kali: ~ segala beg untuk pemeriksaan kastam; membukakan 1. membuka: ~ mata; 2. membuka utk: dia ~ suaminya pintu; dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk; terbuka 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; keterbukaan perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kpd apa sahaja pengaruh (unsur, rangsangan, dll); bukaan (Fiz) lubang (biasanya bulat) pd kamera (teropong kembar dsb) yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk; perbukaan makanan dan minuman yg disajikan utk berbuka puasa; pembukaan perihal atau perbuatan membuka, permulaan; pembuka 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ka] | بوک

Definisi : jarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka, = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pd siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu atau hendak melakukan sesuatu. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan. ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. bukaan ist 1 bahagian terbuka pd sesuatu jasad berbentuk tetap yg membenarkan cahaya, air dll melaluinya. 2 bahagian kanta pd kamera, teleskop dsb yg membenarkan cahaya melaluinya. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buka

Puisi
 

Kain pelikat di dalam peti,
     Satu Jumaat sekali buka;
Sudah terikat dalam hati,
     Satu rakaat tidak lupa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
valve rotatorpemutar injapKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang diletakkan pada hujung batang injap yang me- nyebabkan batang injap berputar sedikit semasa proses buka dan tutup injap. Proses buka dan tutup injap ini menghasilkan kehausan yang sekata pada injap dan menjadikannya tahan lebih lama.
demountable (partition)pasang-buka (sesekat)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
demountable (partition)pasang-buka (sesekat)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
open book testujian buka bukuPendidikanTiadaKaedah penilaian yang dirancang dengan cara membolehkan pelajar merujuk kepada nota atau alat bantuan ingatan, buku teks, atau bahan lain yang dibenarkan semasa menjawab soalan peperiksaan atau ujian.
wide open throttlependikit buka penuhKejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan injap pendikit yang terbuka sepenuhnya. Dalam keadaan ini, aliran udara yang melalui injap dan kuasa enjin yang dihasilkan adalah maksimum.
open book test/examujian/peperiksaan buka bukuPendidikanTiadaKaedah penilaian yang dirancang dengan cara membolehkan pelajar merujuk kepada nota atau alat bantuan ingatan, buku teks, atau bahan lain yang dibenarkan semasa menjawab soalan peperiksaan atau ujian.
nanoswitchnanosuisFizikNanoteknologiSuis bersaiz molekul yang mampu melaksanakan tindakan buka dan tutup sistem elektronik pada skala pikosaat. Contoh proses nanosuis ialah kesan penerowongan, fotokimia, perubahan bentuk, dan kesan pemagnetan.
diaphragm valveinjap diafragmaKimiaKimia AnalisisInjap bendalir yang bahagian buka tutupnya merupakan diafragma boleh lentur. Alat ini digunakan untuk melalukan cecair mengandungi ampaian pepejal.
gene repressionpenindasan genBioinformatikBioinformatik MolekulProses yang mengawal pengekspresan gen dengan cara mengawal suis buka dan tutup gen.
camshaft timingpemasaan aci sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinHubungan antara aci sesondol dengan aci engkol yang menentukan kaitan antara operasi buka-tutup injap dengan kedudukan omboh. Hubungan ini juga ditentukan oleh kedudukan cuping sesondol.
123

Kembali ke atas