Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kit] | بوکيت

Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) Fimbristylis miliacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit

Puisi
 

Orang Lengging membuat rakit,
     Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
     Bukit tetap tidakkan runtuh.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit sama didaki,
     lurah sama dituruni.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uphill (mountain bike)daki bukit (basikal bukit)SukanLumba BasikalAcara lumba basikal menaiki bukit.
funicular railwaykereta api funikularPelanconganTiadaPerkhidmatan kereta api yang menghubungkan antara kaki bukit dengan puncak bukit, seperti di Bukit Bendera, Pulau Pinang.
downhillturun bukitSukanLumba BasikalPertandingan khusus basikal bukit untuk menuruni bukit.
hill stationstesen bukitPelanconganTiadaPuncak bukit yang dikunjungi oleh pelancong kerana suhunya yang rendah dan pemandangan yang menarik seperti di Bukit Larut, Perak.
mountain bike (MTB)basikal bukitSukanLumba BasikalBasikal yang dikhususkan untuk kawasan berbukit-bukit.
king of mountainjaguh bukitSukanLumba BasikalPelumba yang menjuarai acara perlumbaan mendaki bukit.
cross country mountain bikerentas desa basikal bukitSukanLumba BasikalPerlumbaan basikal bukit yang melalui atau menempuh kawasan desa.
abyssal hillbukit abisSains MarinTiadaJasad timbul rendah yang terdapat di dasar lautan, yang biasanya terdapat di bahagian dataran abis yang menghala ke laut dan di dalam lembangan yang terpencil oleh permatang, cangkat atau parit. Lihat juga dataran abis.
hilly terrainrupa bumi berbukit-bukitPenilaian Harta TanahTiadaTiada
razorbackpermatang pisauSains MarinTiadaBukit yang tajam, sempit dan tinggi serta curam yang terdapat banyak di perairan pantai Atlantik dan Pasifik.
1234

Kembali ke atas