Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat] | بولت

Definisi : 1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat] | بولت

Definisi : 1 berbentuk spt bentuk bola: Apakah bukti-buktinya bahawa dunia ini ~? 2 berbentuk spt bentuk roda; bundar: Bawakan saya talam yg ~ itu ke mari. 3 lengkap seluruhnya; tidak berpecah-pecah: Anggota Dewan Rakyat telah ~ menerima usul yg dikemukakan oleh Perdana Menteri. ~ bujur (panjang, telur) bentuk yg menyerupai bentuk telur; lonjong. ~ hati a. berhati lurus; jujur. b. dgn tetap hati atau dgn sungguh-sungguh. ~ kata sepakat; sehati. ~ torak bentuk yg panjang bulat spt bentuk buluh. bulat-bulat 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. membulat menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. membulatkan menjadikan bulat (dlm berbagai-bagai erti spt melengkapkan, menyatukan). ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad) menetapkan fikiran dsb hendak berbuat sesuatu. ~ ingatan menumpukan atau memusatkan ingatan pd. ~ muafakat memutuskan pendapat supaya sepakat. bulatan sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. sebulat dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dowelpasak kayu bulatKesenianHiasan Dalaman1. Kayu kecil berbentuk bulat yang digunakan sebagai pengikat pada dua bahagian kayu. 2. Kayu panjang berbentuk bulat yang digunakan dalam pembuatan perabot.
roundaboutbulatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPersimpangan searas yang menggunakan konsep pergerakan trafik searah mengelilingi pulau (binaan) berbentuk bulat atau seakan-akan bulat dan mengikut prinsip memberi keutamaan.
bamboo splitterpembelah buluhBuluhTiadaAlat untuk membelah buluh bulat yang terdiri daripada pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. Contohnya, tatabentuk empat digunakan untuk membelah buluh bulat kepada empat bahagian dan tatabentuk enam digunakan untuk membelah buluh bulat kepada enam bahagian.
O-neck/round neckleher bulatFesyenTiadaBahagian leher baju yang berbentuk bulat.
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme.
Boucherie methodkaedah BoucherieBuluhTiadaKaedah mengawet buluh bulat menggunakan mekanisme gantian sap buluh dengan bahan pengawet. Pengawetan buluh menggunakan kaedah ini dilaksanakan dengan memasang cawan penyedut udara pada salah satu hujung buluh bulat.
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.
round tablemeja bulatPendidikanTiadaTiada
slip circlegelinciran bulatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cylindersilinderKejuruteraan AutomotifEnjinRuang bulat dalam blok enjin yang menempatkan omboh. Dalam ruang ini, omboh bergerak secara salingan, kesan dari- pada proses pembakaran. Lubang ini dicirikan oleh diameternya yang menentukan sesaran enjin.
12345678

Kembali ke atas