Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu I

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cushing's syndromesindrom CushingKejururawatanTiadaKeadaan yang disebabkan oleh kelebihan hormon kortikosteroid dalam tubuh. Keadaan ini dicirikan oleh pertambahan berat badan, pertumbuhan bulu-bulu pada muka dan tubuh yang berlebihan, muka dan badan kelihatan gemuk, kenaikan tekanan darah, osteoporosis, dan hipergligemia.
finished seamtetasKesenianHiasan DalamanProses membuka semula jambak bulu pada permukaan permaidani dan membuat guntingan pada bulu yang tertonjol keluar kepada paras bulu permaidani yang asal (di sekitarnya).
personal fur insuranceinsurans bulu binatang persendirianinsuransTiadaPerlindungan terhadap kehilangan pakaian dan perhiasan kepunyaan sendiri yang dibuat daripada bulu binatang.
acrylic fibergentian akrilikKesenianHiasan DalamanGentian buatan yang menyerupai bulu, bersifat lembut dan hangat. Gentian ini berfungsi untuk menggantikan bulu asli dan dijadikan permaidani, ambal atau kemasan lantai. Gentian akrilik juga bersifat tahan kedut dan tahan cemar serta mudah dibersihkan.
fiber cushionkusyen seratKesenianHiasan DalamanKusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan.
plushplushKesenianHiasan DalamanPermukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche.
Repsulaman RepKesenianHiasan DalamanKain yang diperbuat daripada sutera, bulu atau kapas. Rep ditenun dalam bentuk pintalan halus atau tetulang yang merentasi lebar fabrik. Kain sutera rep dijadikan pakaian formal, tali leher atau jubah. Bulu dan kapas pula ditenun untuk kegunaan upholsteri. Rep berasal daripada perkataan Perancis.
wool fatlemak bulu; lemak wulFarmasiTiadaTiada
wool fatlemak bulu; lemak wulPerubatanTiadaTiada
wool fatlemak bulu; lemak wulKimiaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas