Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh] | بولوه

Definisi : sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.luh] | بولوه

Definisi : pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya keras tetapi berlubang di tengah-tengahnya dan beruas. ~ akar buluh yg agak besar batangnya, Dendrocalamus pendulus. ~ betung buluh yg agak besar lagi tebal batangnya, Dendrocalamus asper. ~ cina buluh yg kecil dan biasanya dibuat pagar, Bambusa nana. ~ dekut seruling drpd buluh yg digunakan utk memikat burung. ~ duri buluh yg berduri. ~ gading buluh yg batang dan daunnya berwarna kuning, Bambusa vulgaris. ~ lemang (talang) buluh yg tipis kulitnya dan biasanya digunakan sbg bekas memasak lemang. ~ perindu a. buluh kecil yg menimbulkan bunyi yg merdu apabila ditiup angin, Bambusa magica. b. seruling drpd buluh. pembuluh sesuatu yg menyerupai buluh bentuknya (berongga dan bulat spt paip air): ~ darah urat yg menyalurkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tabashirgeliga buluhBuluhTiadaEndapan silika dalam rongga batang kulma buluh, yang berbentuk seperti ketulan dan berada di atas diafragma buluh. Geliga buluh lazimnya berwarna putih lutsinar atau putih kebiruan dan mungkin berkapur. Geliga buluh digunakan dalam perubatan tradisional.
plybamboolapis buluhBuluhTiadaLihat papan lapis buluh, papan buluh berlamina silang.
bamboo plywoodpapan lapis buluhBuluhTiadaPapan yang dihasilkan menggunakan gabungan lamina buluh yang direkatkan serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Biasanya papan lapis buluh mempunyai jumlah lapisan lamina yang ganjil sama ada tiga, lima atau tujuh. Sinonim papan lapis bilah buluh dan lapis buluh.
bamboo lashingikatan buluhBuluhTiadaKaedah mengikat simpul untuk menyambung antara satu batang buluh dengan batang buluh yang lain menggunakan tali gentian semula jadi seperti sisal dan palma atau tali polipropilena. Terdapat pelbagai jenis ikatan simpul seperti ikatan seraya, ikatan serong dan ikatan ricih.
bamboo briquette charcoalarang brikuet buluhBuluhTiadaArang berbentuk bongkah yang dihasilkan daripada mampatan habuk buluh atau arang buluh hancur.
bamboo internoderuas buluhBuluhTiadaBahagian batang yang terletak di antara dua buku. Kepanjangan ruas buluh berbeza-beza mengikut spesies. Contoh buluh yang mempunyai ruas panjang ialah buluh nipis (Schizostachyum zollingeri).
bamboobuluhBuluhTiadaTumbuhan daripada famili Graminae yang terdapat dengan banyaknya di kawasan Asia Pasifik. Buluh merupakan sejenis rumput yang berkayu, berongga dan mempunyai ruas. Buluh tumbuh secara mendatar atau berumpun. Buluh juga merupakan sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan mencapai kematangan dalam tempoh tiga tahun.
bamboo splitterpembelah buluhBuluhTiadaAlat untuk membelah buluh bulat yang terdiri daripada pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. Contohnya, tatabentuk empat digunakan untuk membelah buluh bulat kepada empat bahagian dan tatabentuk enam digunakan untuk membelah buluh bulat kepada enam bahagian.
bamboo outer layerlapisan luar buluhBuluhTiadaLapisan luar yang keras dan padat, dan terdedah kepada persekitaran luar, berfungsi untuk melindungi struktur batang buluh. Sinonim eksodermis buluh.
bamboo mat boardpapan hamparan buluhBuluhTiadaPapan yang dihasilkan daripada anyaman bilahan buluh yang disapu perekat serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Sinonim papan lapis hamparan buluh, papan lapis hamparan anyaman buluh.
12345678910...

Kembali ke atas