Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung I

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roof bonetulang bumbungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelegar yang dipasang di bahagian tengah bumbung kereta untuk menguatkan struktur bumbung.
roofscapelandskap bumbungPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLandskap yang disesuaikan khas untuk bumbung bangunan yang mementingkan antara lainnya sistem pengairan dan perawatan tanah-tanih.
roof transfer devicepemindah bumbungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang mengangkat bumbung kereta dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
roofbumbungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
pyramid roofbumbung limas piramidPenilaian Harta TanahTiadaTiada
pitch roofbumbung curamPenilaian Harta TanahTiadaTiada
open roofbumbung dedahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mansard roofbumbung mansardPenilaian Harta TanahTiadaTiada
monitor roofbumbung udaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
gable roofbumbung tebar layarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas