bougainvillea | bunga kertas | Pertanian | Tiada | Tiada |
xenia effect | kesan xenia | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kesan segera yang ketara, terhasil daripada persenyawaan silang pada dua varieti tanaman yang berbeza. Contohnya, warna bunga kertas yang boleh berubah mengikut sumber debunga satu varieti lain. |
bract | brakta | Botani | Tiada | Daun terubahsuai yang berada di bawah pudung dan biasanya menutupi bunga pada peringkat kudup, seperti pada bunga kertas. Brakta kadangkala melekat hingga ke peringkat bunga dan kelihatan seperti petal yang berwarna-warni. Walau bagaimanapun, brakta tidak dianggap sebagai organ bunga kerana kedudukannya yang terletak di bawah pudung. |
paper and paper products | kertas dan keluaran kertas | Ekonomi | Tiada | Keluaran yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis kertas, termasuk pulpa, papan kertas, papan gentian, dan barang siap yang dibuat daripada kertas seperti kotak bungkusan, penutup botol, sarung surat dan alat tulis, bunga kertas, dan tanglung, tetapi tidak termasuk kertas yang dicetak seperti kad ucap selamat, surat khabar dan buku. |
crepe paper | kertas bunga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kertas nipis yang menggerutu dan berkerutan. |
kertas perut ayam (Kl.) | kertas perut ayam (Kl.) | Kesenian | Tiada | Kertas bunga untuk membuat jerabut. |
paper capacitor | pemuat kertas | Teknik | Elektrik | Pemuat yang dibuat daripada plat kerajang logam dan dipisahkan oleh kertas lilin. pemuat jenis ini biasanya berbentuk silinder berukuran sederhana. Pemuat kertas boleh digunakan pada motor semesta untuk mengurangkan bunga api, iaitu dengan menyambungkannya selari dengan gerimit. |
static charge | cas statik | Teknik | Elektrik | 1. Cas atau kuantiti cas yang tidak bergerak, seperti yang wujud pada plat pemuat. 2. Cas yang terkumpul pada sesuatu jasad yang boleh dihasilkan oleh sebab-sebab luaran, seperti geseran kertas ketika dicetak atau geseran antara awan. Cas statik apabila ternyahcas akan mengakibatkan bunga api atau gangguan bekalan akibat tarikan elektrostatik. |