pseudopregnancy | bunting palsu | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing. |
pregnant | bunting | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Lihat kebuntingan |
uterus | uterus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sebahagian daripada organ pembiakan haiwan betina dan merupakan tempat tumbesaran fetus semasa bunting. Dalam haiwan, terdapat pelbagai bentuk uterus sama ada uterus simpleks seperti dalam primat atau uterus dupleks seperti dalam ruminan. |
conception rate | kadar konsepsi | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ukuran kesuburan seekor induk betina semasa pengawanan. Pengiraan kadar konsepsi dibuat berpandukan bilangan induk bunting berbanding dengan jumlah bilangan yang dikawankan. Kadar konsepsi yang baik pada lembu adalah melebihi 55%. |
prolonged gestation | kebuntingan berpanjangan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Tempoh kebuntingan yang melebihi jangka masa yang normal. Kebuntingan berpanjangan sering dikaitkan dengan komplikasi pada fetus dan ibu semasa bunting. |
progesterone | progesteron | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari. Hormon ini dirembeskan semasa fasa luteum pada peringkat kitaran estrus atau ketika haiwan berada dalam keadaan bunting. Fungsi utama progesteron adalah untuk mengekalkan kebuntingan. |
pregnancy | kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat haiwan berada dalam suatu tempoh selepas persenyawaan antara sperma dengan ovum sehingga kelahiran. Tempoh kebuntingan berbeza-beza mengikut spesies. Contoh kebuntingan bagi lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari. Sinonim bunting. |
free floating plant | tumbuhan terapung bebas | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar terapung di dalam air dan tidak berada di dalam tanah atau dasar kawasan berair. Tumbuh-tumbuhan ini boleh bergerak bebas di dalam air dan boleh berpindah mengikut arus atau tiupan angin. Contoh tumbuhan terapung bebas ialah keladi bunting, kubis air dan kiambang |