estradiol | estradiol | Perubatan | Tiada | Nama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal. |
abortion | keguguran | Veterinar | Tiada | Keadaan terkeluarnya janin daripada seekor ternakan bunting yang berlaku sebelum tempoh matang. Hal ini boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Selain itu, keadaan ini boleh juga disebabkan oleh tekanan pemakanan, kemalangan, keracunan atau masalah genetik. Contoh bakteria yang menyebabkan keguguran ialah Brucella abortus, Trichomonas, Corynebacterium pyogenes, Listeria monocytogenes dan Salmonella typhimurium. Contoh virus pula ialah Herpesbovin 1 dan kulat seperti Aspergillus fumigatus. Kejadian keguguran pada ternakan merupakan salah satu petunjuk ketidaksuburan. |
supplementary protein | protein pelengkap | Veterinar | Tiada | Protein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%. |