summer triangle | segi tiga musim panas | Matematik | Tiada | Segi tiga yang dibentuk oleh tiga bintang cerah Alpha Lyrae di dalam buruj Lyra, Alpha Cygni di dalam buruj Cygnus dan Alpha Aquilae di dalam buruj Aquil yang kelihatan pada waktu malam dalam musim luruh. |
stellar magnitude constellation | buruj magnitud najam | Matematik | Tiada | Buruj bintang yang dibuat berdasarkan kecerahan bintang. |
star constellation boundary | sempadan buruj bintang | Matematik | Tiada | Sempadan sesuatu buruj bintang seperti yang ditentukan oleh Kesatuan Falak Antarabangsa pada tahun 1930. |
Pisces | Pisces (Ikan) | Matematik | Tiada | Buruj zodiak hemisfera utara yang besar tetapi tidak jelas kelihatan berhampiran dengan Pegasus. Buruj ini mengandungi satu bintang magnitud ketiga dan beberapa bintang magnitud keempat. |
Centaurus | Centaurus | Matematik | Tiada | Buruj luas hemisfera selatan yang jelas kelihatan, dan sebahagian daripadanya terletak dalam Bimasakti, hampir-hampir melengkungi buruj Crux. Bintang tercerah ialah bintang tetiga: Alpha Centauri, Beta Centauri dan Proxima Centauri. |
Carina | Carina/Lunas (Lunas) | Matematik | Tiada | Buruj hemisfera selatan yang berhampiran dengan Crux yang sebahagian daripadanya terletak dalam Bimasakti dan dahulunya sebagai sebahagian daripada buruj Argo. Bintang tercerah ialah Canopus dan tiga bintang magnitud kedua. |
Camelopardalis | Camelopardalis (Zirafah) | Matematik | Tiada | Buruj besar hemisfera utara yang tidak jelas kelihatan, yang berhampiran dengan Ursa Major dan bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud keempat. Buruj ini mengandungi bintang nova kerdil Z Camelopardalis. |
Cancer | Cancer/Sarta (Ketam) | Matematik | Tiada | Buruj zodiak hemisfera utara berhampiran dengan Ursa Major yang tidak jelas kelihatan dan bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud keempat. Buruj ini mengandungi bintang berubah berpasang, termasuk bintang berbilang Zeta Canori, gugus selerak Praesepe dan M67. |
alpha | alpha | Matematik | Tiada | 1. Huruf pertama dalam abjad Yunani, biasanya digunakan untuk merujuk kepada bintang yang tercerah dalam sesuatu buruj, misalnya. Alpha Aunigae adalah bintang yang tercerah dalam buruj Auniga. |
Alpha Centauri | Alpha Centauri | Matematik | Tiada | 1. Bintang ganda, yang paling cerah di buruj Centaurus, iaitu bintang tercerah yang paling hampir dengan bumi selain matahari, dan jauhnya kira-kira 4.3 tahun cahaya. 2. Bintang tetiga magnitud pertama dalam buruj Centaulus, yang terhampir dengan matahari. Rigil Kent. |