Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ta] | بوتا

Definisi : 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buta

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blind windowtingkap butaKesenianHiasan DalamanTingkap khas yang terdiri daripada beberapa selak panjang atau menegak yang dibuat daripada pelbagai bahan keras seperti kayu, plastik atau logam yang dipasang bersama-sama dengan tali pada tingkap ini. Tingkap ini tidak boleh dibuka kerana dibina pada dinding dan biasanya digunakan sebagai hiasan. Walau bagaimanapun, cahaya dan pemandangan boleh dilihat menerusi tingkap ini.
morbid jealousycemburu butaPerubatanPsikiatriSeseorang yang cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli.
blind testujian butaPentadbiranTiadaTiada
blind testujian buta, ujian rahsiaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
blind testujian butaEkonomiTiadaTiada
blind testujian butaPerubatanTiadaUjian penguji yang tidak mengetahui kumpulan mana yang diuji dan kumpulan mana yang menjadi kumpulan kawalan.
blind testujian butaPentadbiranTiadaTiada
blind trustamanah butaPentadbiranTiadaSatu bentuk amanah yang diberikan untuk menjaga pelaburan seseorang, tanpa orang itu mengetahui bagaimana wang mereka dilaburkan.
blind datejanji temu butaUmumTiadaJanji temu dengan seseorang yang belum pernah ditemui sebelum ini.
solar-blind photomultiplierpemfotoganda buta suriaKimiaKimia AnalisisPengesan yang terdapat pada spektrofometer untuk mengesan sinaran atau pancaran dalam daerah ultralembayung dan daerah nampak. Pengesan ini harus disimpan di dalam bekas yang tidak boleh dimasuki oleh cahaya suria.
123

Kembali ke atas