Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : 1. benda kecil, biasanya bulat dibuat drpd logam, plastik, dll, digunakan utk mengancing pakaian atau sbg hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian); ~ cangkuk butang yg terdiri drpd cangkuk dan penyangkutnya; ~ katup butang yg terdiri drpd dua belah dan ditutup dgn cara menekan yg satu di atas yg lain; lubang ~ lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan (mengenakan) butang; 2. benda kecil pd alat (pesawat dsb) yg bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pd pakaian dan ditekan utk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dsb) yg berkenaan; berbutang 1. mempunyai (memakai) butang (bkn baju, skirt, seluar, dsb): bajunya ~ di belakang; 2. berpasang butangnya: dia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~; berbutangkan menggunakan sesuatu sbg butang: baju kurungnya ~ mutiara;membutangkan 1. memasangkan butang (pd pakaian dsb dgn cara menjahitkannya); 2. memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (utk mengatup): dia ~ kotnya; pembutangan perbuatan (cara) membutangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : benda yg dibuat drpd plastik, tulang dsb dan digunakan sbg kancing pakaian ataupun dijahit sbg perhiasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solid-state buttonbutang pegunTeknologi MaklumatTiadaButang yang tidak bergerak atau berubah kedudukan secara fizikal tetapi memberikan reaksi apabila permukaan butang tersebut disentuh atau ditekan.
fomite transmissionpenularan benda tercemarKesihatan AwamTiadaPenularan penyakit berjangkit melalui objek, seperti melalui butang lif, tombol pintu dan susur tangan.
alencon lacerenda alenkonKesenianHiasan DalamanRenda buatan tangan yang dihasilkan menggunakan benang linen atau kapas sebagai lakaran sebelum lakaran itu digunting. Coraknya disudahkan dengan jahitan lubang butang atau pikot. Renda ini diperkenalkan sekitar tahun 1750 dan dihasilkan di Alencon, Perancis.
control panelpanel kawalanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPanel yang disambungkan berasingan dengan tiub sinar-X. Panel ini digunakan untuk mengawal parameter sinar-X seperti voltan elektrik, arus elektrik, dan masa dedahan. Parameter tersebut dikawal oleh kekunci dan dilengkapi dengan butang yang mempunyai ciri keselamatan.

Kembali ke atas