[ca.bai] | چاباي
Definisi : sj buah yg berasa pedas (digunakan dlm masakan), cili, lada, Capsicum spp.; ~ acung = ~ seberang = ~ selasih sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum; ~ burung = ~ melaka = ~ rawit sj tumbuhan (herba yg buahnya kecilkecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens; kecil-kecil ~ melaka = kecil-kecil ~ rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani); siapa makan ~ dialah berasa pedas prb siapa yg bersalah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya); kecabaian berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.bai] | چاباي
Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Piper longum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kalung, Piper lanatum; ~ jawa (alas panjang, sulah) sj tumbuhan (pokok memanjat yg buahnya pedas), lada panjang, Piper retrofractum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.bai] | چاباي
Definisi : ; burung ~ sj burung kecil yg berkepala merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.bai] | چاباي
Definisi : beberapa jenis herba yg buahnya berasa pedas dan digunakan utk membuat sambal dsb; cili; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)