Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ tiga = akar tiga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica; akar ~ lima sj tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria; akar ~ tujuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian pokok kayu (spt da­han atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan me­nempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabang

Puisi
 

Kerak hijau di cabang pauh,
     Turun merentas di tangkai padi;
Makin ditinjau makin jauh,
     Berasa nak rentas si tangkai hati.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cyperus papyrusCyperus papyrusPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan.
Cyperus haspenCyperus haspenPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus haspen ini juga dikenali sebagai ‘Dwarf Papyrus’. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Cyperus haspen boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 0.2 – 0.6 m. Cyperus haspen ini juga kelihatan seperti payung.
long branch migrationmigrasi cabang panjangBioinformatikBioinformatik MolekulPenyusunan rantai DNA pada cabang Holliday yang berlaku ketika proses rekombinasi genetik.
long branch attractionpenarikan cabang panjangBioinformatikBioinformatik MolekulKesilapan sistematik yang menyatakan keturunan yang berkait jauh adalah berkait rapat. Penarikan cabang panjang berlaku daripada pencapahan keseluruhan dalam sebahagian taksa.
kinematicskinematikSains SukanBiomekanikCabang ilmu dinamik yang mengkaji corak lakuan pergerakan tanpa pengaruh daya yang menyebabkan pergerakan tersebut. Cabang ilmu ini menerangkan turutan pergerakan dalam konteks ruang dan masa.
biophysicsbiofizikSains SukanBiomekanikCabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi.
phylogramfilogramBioinformatikBioinformatik MolekulSalah satu daripada jenis dendrogram. Filogram mempunyai panjang cabang yang tidak sama. Perbezaan panjang cabang menggambarkan perubahan taabir evolusi spesies tertentu. Lihat juga kladogram, dendrogram.
labour economicsekonomi buruhEkonomiTiadaCabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi.
star connectionsambungan bintangFizikTiadaSet sambungan berbentuk Y terdiri daripada tiga atau lebih cabang dengan satu terminal bagi setiap cabang bersambung pada nod sepunya.
branchcabangBioinformatikBioinformatik Molekul-
1234567

Kembali ke atas