Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ba.ran] | چابرن

Definisi : 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg men­cabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ba.ran] | چابرن

Definisi : 1 ajakan utk ber­lawan; tantangan. 2 sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fun-filled adventurecabaran penuh hiburanPelanconganTiadaAktiviti pelancongan berasaskan cabaran untuk memenuhi kepuasan pelancong, seperti menaiki roller- coaster.
gamificationgamifikasiTeknologi Maklumate-PembelajaranPenerapan unsur permainan ke dalam kaedah pembelajaran seperti peraturan, pemarkahan, persaingan, cabaran dan keseronokan bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
compromised health copingpengendalian kesihatan kompromiKejururawatanTiadaPenyesuaian kesihatan yang dilakukan akibat kekurangan sokongan kesihatan untuk menangani cabaran kesihatan.
symbollambangKesusasteraanPuisiPerkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol.
figurative languagebahasa kiasanKesusasteraanPuisiBahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.
political willkemahuan politikSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik.
Sharable Content Object Reference Model (SCORM)Model Rujukan Kandungan Objek Boleh Kongsi (SCORM)Teknologi Maklumate-PembelajaranSuatu koleksi spesifikasi dan piawaian bagi teknologi e-pembelajaran yang menggariskan kaedah tertentu bagi mempakejkan kandungan (objek pembelajaran) kursus dan pertukaran data masa larian oleh sistem pengurusan pembelajaran (LMS). SCORM bertujuan untuk mengatasi cabaran saling kendali, guna semula dan daya tahan antara LMS.
liberalismliberalismeSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang menekankan kebebasan individu, persaingan yang terbuka dan pasaran bebas dengan campur tangan yang minimum daripada pihak pemerintah. Idea ini telah menjadi asas kepada sistem ekonomi kapitalisme. Dalam proses persaingan politik, asas kebebasan ini berkembang dalam falsafah politik yang berpegang kepada nilai rasional dan keterbukaan. Pemikiran ini tidak menghalang sebarang cabaran, penentangan secara sihat dan kritikan orang ramai terhadap pemerintah. Dalam amalan harian, liberalisme ditonjolkan melalui pergerakan NGO, gerakan aktivis sosial, kehadiran pembangkang dan kebebasan media. Dengan itu, liberalisme cenderung melahirkan kerajaan yang bertukar ganti.

Kembali ke atas