Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bul] | چابول

Definisi : 1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuat­an, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang); ~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan­-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, pe­rempuan sundal, pelacur; bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; mencabul, mencabuli 1. menodai, men­cemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; kecabulan perihal cabul; pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bul] | چابول

Definisi : orang yg terlalu pendek; ®cebol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bul] | چابول

Definisi : 1 keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): kata-kata yg ~. 2 melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan: Tentera-tentera Israel telah melakukan perkara yg ~ kpd orang-orang tawanan mereka. mencabul 1 merosak­kan kehormatan orang perempuan; memperkosa; menodai. 2 melanggar hak orang lain (kedaulatan negara orang dsb). pencabulan perbuatan atau hal mencabul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
molestcabulKriminologiKeadilan JenayahSentuhan, serangan atau penderaan secara fizikal yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa.

Kembali ke atas