Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.car] | چاچر

Definisi : sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan; ~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jeluntung; ~ ayam sj penyakit ayam; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak; bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil; mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil; pencacaran perihal mencacar, pencungkilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.car] | چاچر

Definisi : ark Tr lincah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.car] | چاچر

Definisi : , = demam ~ penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit; ketumbuhan. ~ air cacar yg berbintik-bintik merah pd kulit (biasanya menyerang kanak-kanak); jeluntung. ~ betul cacar yg bernanah. ~ palsu campak. bercacar ditanami benih cacar (bkn badan) utk mencegah penyakit cacar; bercungkil; bersuntik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chickenpoxcacar airBiologiMikrobiologiCacar yang disebabkan oleh herpivirus pada manusia, terutamanya kanak-kanak. Gejala penyakit ini bermula dengan demam panas dan pembentukan vesikel. Cengkering.
Kaffir poxcacar KafirBiologiMikrobiologiCacar yang disebabkan oleh virus tertentu pada manusia. Penyakit ini tidak merbahaya kerana jarang membawa maut. Penyakit ini dikenali juga sebagai variola minor.
varioloidvarioloidPerubatanTiadaSuatu bentuk cacar yang ringan, yang berlaku pada pesakit yang pernah mengalami cacar, ataupun telah divaksinkan.
variolationpemvariolaanBiologiMikrobiologiPemvaksinan dengan cara menginokulat kepingan pastul variola kering atau virus cacar teratenuat untuk memperoleh keimunan terhadap jangkitan cacar.
poxviruspoksvirus)PerubatanTiadaSegolongan virus DNA yang agak besar saiznya, termasuk virus vaksinia (mengakibatkan penyakit cacar lembu), variola (mengakibatkan penyakit cacar) dan virus yang menjangkiti haiwan peringkat rendah.
cowpoxcacar lembuSosiologiTiadaSuatu jangkitan virus pada tetek lembu, ditularkan kepada manusia melalui sentuhan langsung.
smallpoxcacarPerubatanTiadaTiada
cowpoxcacar lembuPerubatanTiadaTiada
chickenpoxcacar airPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan virus varicella zoster. Penyakit ini bercirikan demam, sakit kepala dan ruam berair yang tersebar ke seluruh badan.
smallpoxcacarPerubatanTiadaPenyakit berjangkit disebabkan virus Orthopox. Penyakit ini bercirikan demam, ruam yang bernanah, menggelupas serta meninggalkan parut.
12345

Kembali ke atas