Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cat] | چاچت

Definisi : kekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cat] | چاچت

Definisi : ~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta). ~ cedera bermacam-macam cacat. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.cat] | چاچت

Definisi : 1 sifat kurang baik atau kekurangan yg terdapat pd sesuatu; cela: Cuba periksa almari itu baik-baik, barangkali ada ~nya. 2 = bercacat mempunyai kekurangan pd anggota tubuh dll; tidak atau kurang sempurna: Tidak ada suatu pun yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacat

Puisi
 

Nyiur lamin di Pantai Lamin,
     Jatuh sebutir disambar ribut;
Hitam manis duduk beransin,
     Cacat sedikit rambutnya sejemput.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang,
     di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blemishcacat rupaPerhutananTiadaCacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji.
Frenkel defectcacat FrenkelFizikNanoteknologiKeadaan cacat dalam hablur yang terdiri daripada kekosongan dan interstis apabila atom atau ion meninggalkan subkekisi dan menghuni pada kedudukan interstis. Contohnya, gambar rajah skematik dua dimensi pada struktur kekisi natrium klorida, ion Na meninggalkan subkekisi dan membentuk interstis.
defect deductionpembuangan cacatPerhutananTiadaPenolakan bahagian cacat daripada kiraan isi padu kasar kayu bagi mendapatkan isi padu kayu baik yang sebenar semasa penyukatan balak.
defectcacatPerhutananTiadaKeganjilan dan/atau kekurangan pada pokok, balak, kayu gergaji atau hasil kayu lain yang boleh mengurangkan isi padu kayu yang boleh digunakan dan menjadikan kurang tahan, kurang kuat dan kurang bermutu. Cacat boleh terjadi secara semula jadi akibat agen perosak, atau semasa pengeringan dan pemprosesan.
grinningcacat grinKesenianHiasan DalamanBahagian belakang permaidani yang kelihatan pada permukaan hadapan, kesan daripada pail yang tertanggal. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada pail yang rendah, kesilapan mesin pail, pesongan barisan pail atau kembang benang bulu yang tidak mencukupi atau berpunca daripada kerja-kerja pemasangan pada sudut yang tajam.
disfigurementcacat bentukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
roll markcacat gulingKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKecacatan pada gelungan logam akibat serpihan logam yang terlekat pada pengguling.
tragic flawcacat tragediKesusasteraanTiadaLihat hamartia.
postlingually hearing impairedcacat pendengaran pascatutur.Sains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang berlaku selepas seseorang itu mempunyai keupayaan bertutur.
prelingually hearing impairedcacat pendengaran pratuturSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang berlaku sebelum seseorang itu mempunyai keupayaan bertutur.
123

Kembali ke atas