endoparasitic infestation | serangan endoparasit | Perikanan | Akuakultur | Jangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit. |
arrow worms | cacing anak panah | Sains Marin | Tiada | Sejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata. |
chaetognath | ketognata | Sains Marin | Tiada | Lihat cacing anak panah. |
vermifuge | vermifuj | Herba | Tiada | Herba yang memusnahkan atau mengeluarkan cacing parasit yang terdapat di dalam usus. Contoh herba vermifuj ialah tembakau, cengkih, bawang putih dan habatussauda. Herba vermifuj untuk haiwan ialah buah pinang. Sinonim antelmintik. |
vermifuge | vermifuj | Herba | Pemiawaian | Sifat ekstrak herba yang memusnahkan cacing yang terdapat dalam usus. Contoh herba ialah ekstrak rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) dan minyak pati cengkih (Syzygium aromaticum). Sinonim antihelmintik. |
anthelmintic | antelmintik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya menghapuskan atau menyingkirkan cacing parasit daripada badan. |
vermicide | vermisid | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang digunakan untuk membunuh cacing dalam usus. Contohnya, esktrak rizom lempoyang (Zingiber zerumbet). |
elephantiasis | untut | Herba | Fitoterapi | Penyakit filariasis limfatik yang boleh merebak dan disebabkan oleh cacing filaria melalui nyamuk. Untut dicirikan oleh edema limfatik yang membengkak seperti kaki gajah, kulit menjadi tegang, keras, merekah dan seterusnya hipertrofi. Sinonim filariasis. |
bioturbation | biokacauan | Sains Marin | Tiada | Gangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen. |
wormhole porosity | keliangan lubang ulir | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lompang yang terjadi semasa proses pemejalan bahan, yang berupa seperti lubang cacing. Keliangan lubang ulir berpotensi untuk menyebabkan kebocoran atau retakan. |