farmstead planning | perancangan pusat ladang | Kejuruteraan | Tiada | Cadangan-cadangan yang akan dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah pusat ladang. |
paper | kertas; kertas kerja | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kertas: Bahan tipis yang dibuat daripada kayu dan lain-lain untuk menulis, mencetak dan sebagainya atau dijadikan pembungkus.,2. Kertas Kerja: Rencana bertulis yang mengandung perbincangan tentang sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu di bentangkan untuk perbahasan lanjut. |
preliminary proposal | syor awal | Komunikasi | Korporat | Kertas cadangan yang mengandungi maklumat ringkas dan lengkap mengenai sesuatu cadangan penerbitan. Kertas ini akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab yang menerbitkan bahan penerbitan seperti iklan, pengumuman khidmat awam, dan video korporat. Tujuan penyediaan cadangan awal adalah untuk mendapatkan persetujuan menerbitkan sesuatu bahan penerbitan. Antara kandungan utamanya termasuklah konsep dan idea skrip, sinopsis, serta tujuan dan matlamat penerbitan. Selain itu, kertas cadangan juga mengandungi olahan skrip dan penyataan yang berkaitan dengan jangkaan kos penerbitan. Kepentingan kertas ini adalah untuk membantu penerbit membuat keputusan dan perancangan awal mengenai sesuatu projek penerbitan. Kertas ini juga boleh berfungsi sebagai dokumen penjelasan kepada penerbit untuk mendapatkan pembiayaan daripada agensi kewangan atau orang perseorangan. |
comprehensive layout | reka letak lengkap | Komunikasi | Korporat | Cadangan reka letak iklan bercetak yang disediakan secara menyeluruh. Cadangan reka letak ini dibuat dalam bentuk sebenar dari segi saiz, warna, kedudukan motif, dan mesej. Penghasilan reka letak lengkap iklan adalah secara bercetak, sama ada menggunakan kemudahan komputer atau kaedah lain. Tujuan penyediaan cadangan reka letak lengkap adalah untuk memudahkan pihak perancangan strategi pengiklanan membuat keputusan, sama ada menerima atau menolak rekaan tersebut, memudahkan semakan dibuat oleh pelanggan agensi pengiklanan sebelum memberikan persetujuan akhir dan sebagai alat untuk menguji keberkesanan iklan sebelum penerbitan dan pengedaran seterusnya dilakukan. |
complimentary proposal | cadangan pelengkap | Pentadbiran | Tiada | Cadangan projek yang saling melengkapi antara satu organisasi. |
substitute porposal | cadangan bertindih | Pentadbiran | Tiada | Cadangan dua projek yang mempunyai aliran tunai yang kurang sekiranya projek tersebut dilaksanakan serentak berbanding dengan aliran tunai sekiranya dilaksanakan berasingan. |
alternative proposal | cadangan alternatif | Sosiologi | Tiada | Cadangan perancangan yang dihasilkan sebagai pilihan kepada perancangan yang sedia ada. |
counterproposal | cadangan balas | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang diusulkan, disarankan atau dicadangkan sebagai balasan cadangan, usul atau saranan yang awal. |
counter suggestion | cadangan balas | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang diusulkan, disarankan atau dicadangkan sebagai balasan cadangan, usul atau saranan yang awal. |
nominal group technique | teknik kumpulan nominal | Pengurusan | Perancangan | Teknik pembuatan keputusan berkumpulan dengan cara setiap ahli akan menulis pendapat atau cadangan penyelesaian masalah yang ingin dikemukakan. Kemudian, mereka akan menyuarakan cadangan tersebut kepada ahli kumpulan untuk dibincangkan secara bersama-sama, dan seterusnya menyenaraikan cadangan mengikut kepentingan sebelum memilih alternatif terbaik. Kelebihan teknik ini ialah ia dapat memberikan peluang dan galakan kepada semua ahli untuk menyuarakan pandangan dan pendapat untuk dibincangkan sebelum keputusan dibuat. |