[ca.gar] | چاݢر
Definisi : 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadaikan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka; ~ alam kawasan simpanan (bagi mergastua); bercagar, bercagaran bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sbg jaminan berhutang, bersandarkan: pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka; mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang, menggadaikan, merungguhkan: ia ~ tanah dan bangunan kedainya; pencagaran perbuatan mencagarkan: ~ tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.gar] | چاݢر
Definisi : , = cagaran 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)