Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lung] | چالوڠ

Definisi : 1. bekas yg dibuat drpd buluh utk mengambil air; 2. pencedok air (minyak dll); 3. bekas menakung susu getah, cawan getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lung] | چالوڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd buluh utk mengambil air. 2 tempat menadah susu getah; cawan getah. 3 pencedok air (minyak dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamelan gong kebyargamelan gong kebyarMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar.

Kembali ke atas