armed intervention | campur tangan bersenjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain dengan menggunakan kuasa persenjataan. Campur tangan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung. Campur tangan secara langsung berlaku apabila sesebuah negara menggunakan senjata terhadap negara lain bagi memaksa negara tersebut akur dengan kehendaknya. Dalam hal ini, campur tangan bersenjata boleh berubah menjadi serangan bersenjata yang merupakan syarat bagi mempertahankan diri di bawah Perkara 51 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Campur tangan secara tidak langsung pula boleh berlaku apabila sesebuah negara memberi bantuan persenjataan kepada kumpulan di dalam sesebuah negara lain bagi menggulingkan kerajaan sedia ada dan menggantikannya dengan kerajaan yang dikehendaki. |
governmental intervention | campur tangan kerajaan | Pentadbiran | Tiada | Tindakan pemerintah bagi mengawal perjalanan mahupun keputusan dalam pengurusan pihak persendirian dan swasta. Campur tangan ini boleh bersifat penetapan syarat yang mesti diikuti, sempadan yang mesti dipatuhi, pemeriksaan terhadap barangan dan keluaran. Campur tangan kerajaan biasanya dilakukan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara namun secara tidak langsung boleh menggugat kreativiti, kebebasan dan pasaran. Campur tangan kerajaan juga boleh dilihat dengan jelas dalam transaksi ekonomi, penetapan harga barang, pembinaan infrastruktur, pelaksanaan kursus di universiti, perkembangan bahasa, alam sekitar, budaya, hiburan, kesihatan, pembangunan industri dan kebebasan berpolitik. Dalam banyak kes, campur tangan kerajaan tidak digemari oleh pihak yang berkenaan seperti pihak swasta yang menjalankan perniagaan sama ada perkilangan, pendidikan, hospital atau klinik, media, perdagangan import eksport dan sebagainya. Kegagalan mematuhi penetapan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Contoh ca |
administrative intervention | campur tangan pentadbiran | Pentadbiran | Tiada | Tindakan pihak yang lebih berkuasa dan berada di luar badan pengurusan organisasi yang mencampuri urusan perjalanan, pelaksanaan mahupun pembuatan keputusan bagi sesuatu bidang tugas dan projek. Campur tangan pentadbiran boleh bersifat negatif mahupun konstruktif. Campur tangan yang konstruktif bertujuan untuk menjaga kepentingan organisasi dan mengelak berlakunya penyimpangan bidang tugas daripada garis panduan yang telah ditetapkan. Campur tangan ini boleh bersifat arahan, teguran, tindakan pembetulan dan penambahbaikan, kawalan serta pengawasan. Manakala campur tangan yang bersifat negatif akan cuba mempengaruhi urusan pentadbiran untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. Campur tangan boleh berlaku dalam bentuk pembuatan keputusan yang berat sebelah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan nepotisme. |
miscible drive | pacuan larut campur | Kejuruteraan | Petroleum | Mekanisme pendorong yang menolak minyak naik dari subpermukaan (dalam reserbor) ke permukaan bumi melalui telaga, yang berpunca daripada tekanan larut campur yang disuntik ke dalam reserbor. Larut campur ini terdiri daripada campuran dua atau lebih sebatian misalnya, propana, gas petroleum cecair, gas asli, gas karbon dioksida dan lain-lain yang bersifat mengurangkan daya tarikan permukaan antara air dengan minyak. Larut campur ini disuntik ke dalam reserbor dengan tujuan untuk mendapatkan perolehan minyak tambahan. |
intervention | campur tangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesuatu pihak yang mencampuri urusan dalaman atau urusan luaran sesebuah negara berdaulat. Tindakan ini umumnya menyalahi prinsip tidak campur tangan di bawah undang-undang antarabangsa. Menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan antarabangsa tersebut tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan yang berada dalam bidang kuasa tempatan negara. Selain itu, terdapat juga deklarasi PBB yang melarang sesebuah negara daripada mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain. Walau bagaimanapun, tindakan campur tangan adalah sah dengan mandat Majlis Keselamatan PBB atau izin negara tuan rumah. |
midlatitude mixed forest | hutan campur latitud tengah | Geografi | Tiada | Kawasan hutan campur yang terdapat di kawasan latitud tengah. |
miscible drive | pacuan larut campur | Kejuruteraan | Tiada | Mekanisme pendorong minyak menggunakan bahan larut campur. |
miscible flooding | banjiran larut campur | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah perolehan minyak tertingkat yang menggunakan pacuan larut campur. |
ready mixed concrete | konkrit siap campur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit yang telah siap disediakan sebelum di bawa ke tempat peletakan. Konkrit siap campur digunakan di tempat yang ruang kerjanya sempit dan sukar untuk mendirikan loji pencampur. |
mixed cloud | awan campur | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan yang mengandungi titisan air dan hablur ais. Genus awan seperti altostratus, nimbrostratus, dan kumulonimbus merupakan awan campur. |