Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) canĀ­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fascia boardpapan cantikKesenianHiasan DalamanKepingan papan yang terdapat pada cucur atap. Papan dihias dengan ukiran yang menarik sebagai hiasan dengan motif tertentu. Papan cantik berfungsi menutup penghujung kasau, yang boleh memegang talang.
scenic outlooktempat pemandangan indahPelanconganTiadaKawasan yang mempunyai panorama yang cantik, seperti di tepi pantai dan lembah bukit.
sun-kissed skinkulit kucup suriaUmumTiadaKulit yang kelihatan menarik, cantik dan cerah kerana terdedah kepada cahaya matahari.
semantic associationhubungan semantikSains KesihatanTiadaHubungan makna yang berkaitan, seperti perkataan bunga, cantik, dan wangi.
Dutch colonial stylegaya kolonial BelandaKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang boleh dikenal pasti melalui unsur papan cantik yang tergantung dan berbentuk atap gambrel. Gaya ini terkenal pada abad ke-17, di kawasan penempatan Belanda di Amerika Utara.
raised pleatinglisu timbulFesyenTiadaLipatan pada fabrik yang dikenakan di bahagian yok bagi mengembangkan jubah dan memberikan gantungan yang cantik.
herbal bathmandi herbaHerbaFitoterapiKaedah mandian yang menggunakan air campuran herba. Mandi herba bertujuan untuk merangsang peredaran darah, mendapatkan kulit yang cantik dan melegakan tekanan serta otot-otot yang sakit.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaCerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
eavescucur atapKesenianHiasan DalamanBahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun, dan terletak di hujung atap, tempat air hujan jatuh. Biasanya, di bawah cucuran atap, dipasang papan berukiran yang dikenali sebagai papan cantik atau papan fasia.
interludeselinganKesusasteraanPuisiSesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri.
12

Kembali ke atas