Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.tum] | چنتوم

Definisi : ; bercantum 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; mencantum 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menye­mat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (me­numbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); mencantumkan 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, me­madukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; tercantum 1. sudah dicantumkan; 2. ter­masuk atau termuat (dlm majalah, acara, dll); 3. tersemat atau terkandung dlm hati (cita-cita dll); cantuman 1. = percantuman perihal bercan­tum, pertemuan, pertautan, pergabungan, per­paduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan ba­hagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuh­kan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.tum] | چنتوم

Definisi : ; bercantum 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan ber­sambung (spt bulu ayam). 3 menjadi ber­sambung atau bergabung. mencantum melekatkan mata tunas dr sesuatu pokok pd pokok lain yg sama jenisnya (utk mendapatkan baka yg lebih baik). mencantumkan 1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya. cantuman 1 apa-apa yg dicantumkan. 2 hasil drpd mencantum (tunas pokok) atau mencantumkan sesuatu. 3 cara-cara mencantum pokok atau membiakkan pokok. ~ baji cantuman yg tunas bakanya dan pokok penanti dipotong dlm bentuk V dan dicantumkan (disambungkan) kedua-duanya. ~ muda cantuman yg dilakukan pd peringkat awal (di tapak semaian). ~ sanding cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yg bersebelahan dan dilakukan dgn melenturkan bahagian tunas baka kpd pokok penanti. ~ tunas cantuman yg mata tunasnya disisipkan pd torehan bentuk T pd pokok penanti dan diikat dgn tali. percantuman keadaan atau hal bercantum; pergabungan; persatuan: Malaysia terdiri drpd ~ negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dgn Sabah dan Sarawak. pencantuman perbuat­an atau hal mencantum (pokok) atau mencantumkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patchworktampal cantumKesenianHiasan DalamanKarya seni yang dihasilkan dengan menampal atau menjahit cebisan bahan, seperti kain dan kertas pada sesuatu permukaan. Tampal cantum akan dinilai berdasarkan kehalusan kreativiti kerja dan bahan yang digunakan. Contohnya, tampalan pada cadar atau sebarang objek yang dijadikan hiasan dinding.
abutcantumKesenianHiasan DalamanPenyatuan objek dengan rapat, melekat atau bersambung di bahagian hujung sesuatu bahan, seperti kayu, batu, bata atau logam untuk membentuk suatu binaan tanpa menggunakan bahan penyambung dan kerangka, contohnya gerbang bata atau gerbang batu.
holophrasiscantum ertiKesusasteraanPuisiSesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis.
bud garftingcantum mata tunasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
holophrasisholofrasisKesusasteraanPuisiLihat cantum erti.

Kembali ke atas