Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cat] | چت

Definisi : 1. sj cecair berwarna yg disapukan pd dinding dll (utk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok); 2. sj bahan yg dicampuri cecair, digunakan dlm lukis­-melukis; ~ air cat yg dicairkan dgn air; ~ alis penghitam (kening); ~ bakar Id cat yg disemburkan; ~ batik Id bahan yg digunakan utk mewarnai kain batik; ~ bibir gincu bibir; ~ minyak cat yg dicairkan dgn minyak; bercat memakai cat, diwarnai dgn cat: sekeping papan ~ biru muda; mengecat memberi bercat, mewarnai (per­mukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah; catan lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya; ~ minyak seni lukis (gambar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak; pengecatan kerja (perbuatan dll) mengecat (rumah dll); pengecat orang yg kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cat] | چت

Definisi : cecair (biasanya pekat) yg diguna­kan utk mewarnai sesuatu: ~ air cat yg di­­cairkan dgn air; ~ minyak cat yg di­cairkan dgn sj minyak. bercat diwarnai dgn cat: Motokarnya ~ kelabu. mengecat mewarnai dgn cat; menyapu (menyembur) dgn cat: Dia ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cat-eye doorlubang intai pintuKejuruteraanTiadaLubang kecil pada pintu atau dinding yang boleh dilihat keadaan di sebalik pintu atau dinding tersebut.
spray paintcat semburKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCat yang mengandungi pencair dan lakuer yang sedia untuk disembur.
metallic paintcat logamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCampuran cat dengan bahan logam.
paint sludgeenapan catKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKeladak yang terbentuk akibat pembekuan cat.
paintballsenapang catSukanTiadaSejenis permainan yang melibatkan pemain menembak antara satu sama lain dengan menembak cat, bukannya peluru.
paint mixing roombilik campur catKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBilik yang menempatkan mesin pencampur untuk mencampurkan cat dan mengagihkannya melalui paip kepada robot sembur.
gouachegouacheKesenianHiasan DalamanKaedah menghasilkan lukisan cat menggunakan bahan warna legap daripada cat air dan zink putih. Istilah ini diambil daripada perkataan Itali guazzo.
dadodadoKesenianHiasan DalamanGaris sempadan di sekeliling bahagian bawah dinding yang berukuran 675 mm ke bawah. Dado biasanya dihasilkan daripada kayu, kepingan batu, jubin, logam atau fabrik, dengan kemasan cat biasa atau cat kesan.
overspraysemburan lampauKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSemburan cat secara berlebihan yang menyebabkan pembentukan lapisan cat yang tebal dan bermutu rendah.
sprayingpenyemburanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaProses menyembur cat dengan mengenakan tekanan ke atas bahan cat untuk mendapatkan bentuk semburan yang halus.
1234567

Kembali ke atas