Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ta.tan] | چاتتن

Definisi : yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ta.tan] | چاتتن

Definisi : apa-apa yg sudah dicatat; peringatan: Menurut ~ kerajaan, lebih kurang 423, 260 orang Hindu telah terkorban dlm peperangan di sempadan India. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annalcatatan sejarahKesusasteraanTiadaCatatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud �yearly books�. Lihat juga kronikel.
annotationanotasiKesusasteraanTiadaCatatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks.
commonplace bookbuku catatan pengarangKesusasteraanTiadaBuku yang merakamkan idea menarik dan catatan pengembaraan dari segi perkataan, frasa atau petikan yang di kumpul untuk renungan atau kegunaan pengarangnya pada masa hadapan. Contohnya, Timber oleh Ben Jonson dan A Certain World oleh W.H. Auden. Contoh buku Melayu ialah Warkah Eropah oleh A. Samad Said dan Catatan ke Tanah Suci oleh Harun Aminurrashid.
double entrycatatan berguEkonomiTiadaKaedah mencatat setiap urus niaga kepada dua bahagian dalam akaun, iaitu debit dan kredit. Misalnya, catatan ini digunakan untuk merekodkan urus niaga dalam imbangan pembayaran, iaitu apabila sesebuah negara mengeksport sesuatu barang; bahagian debit mencatatkan penerimaan bayaran nilai eksport, manakala bahagian kredit mencatatkan nilai barang berkenaan.
annotationanotasi-TiadaCatatan yang ditambah pada teks atau bahan grafik untuk memberikan penjelasan atau ulasan lanjut.
debitdebitEkonomiTiada1. Catatan di sebelah kiri akaun T. 2. Debit menunjukkan pengeluaran wang simpanan pemilik akaun dalam bank. Dalam akaun imbangan pembayaran, debit menunjukkan pembayaran dibuat kepada negara asing. Lihat juga kredit.
insurance registerdaftar insuransinsuransTiadaCatatan maklumat penting tentang insurans yang ditanggung seperti tarikh pembelian, amaun premium, tarikh tamat polisi dan nama syarikat.
reservation recordrekod tempahanPelanconganTiadaCatatan maklumat penting yang mengandungi nama, nombor telefon, tarikh diperlukan, jumlah ahli, dan tempahan bilik atau pengangkutan.
anecdotal recordrekod anekdotPendidikanTiadaCatatan yang menjelaskan pertuturan dan perlakuan seseorang dalam situasi tertentu yang dapat menggambarkan pola tingkah laku, minat, sikap, dan masalah.
nursing documentationdokumentasi kejururawatanKejururawatanTiadaCatatan maklumat yang berkaitan dengan pesakit dari segi pengumpulan data, perancangan, pelaksanaan dan tindak balas pesakit semasa perawatan.
123

Kembali ke atas