bounced cheque | cek lambung | Ekonomi | Tiada | Cek yang tidak laku atau tidak boleh ditukar dengan wang tunai oleh bank kerana wang simpanan pemilik cek tersebut dalam akaun bank tidak mencukupi. Sinonim cek tak layan. |
cheque | cek | Ekonomi | Tiada | Bil pertukaran yang sah yang dikeluarkan oleh bank dan boleh ditukarkan dengan wang tunai. Biasanya, pada cek itu ditulis jumlah nilai wang yang boleh diambil oleh bank daripada akaun semasa pemilik cek untuk diberi kepada penerima cek tersebut. |
open cheque | cek terbuka | Ekonomi | Tiada | Cek yang tidak dipalang, dan boleh ditukar dengan wang tunai tanpa membuka akaun dalam bank. Lihat juga cek berpalang. |
blank cheque | cek kosong | Ekonomi | Tiada | Cek yang dikeluarkan oleh pemilik kepada seseorang atau sesebuah organisasi tanpa menulis jumlah tertentu wang, dengan kepercayaan penerima tersebut akan menulis jumlah wang mengikut urus niaga yang telah dilakukan apabila mengetahui nilai arus niaga tersebut. |
dishonoured cheque | cek tak layan | Ekonomi | Tiada | Lihat cek lambung. |
account payee only | akaun penerima sahaja | Ekonomi | Tiada | Arahan tentang cek tertentu yang sifatnya hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan, atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan serta-merta. Sinonim cek berpalang. |
bank draft, banker's draft | draf bank | Ekonomi | Tiada | Cek yang boleh dibayar atas permintaan bank yang mengeluarkan draf bank tersebut. Oleh sebab draf bank ini dikeluarkan oleh bank berkenaan itu sendiri, maka draf bank itu boleh dianggap sebagai wang tunai. Ini kerana jumlah wang yang tercatat pada draf bank dijamin ada dalam simpanan bank. Sinonim cek bak. |
crosses cheque | cek berpalang | Ekonomi | Tiada | Lihat akaun penerima sahaja. |
banker�s cheque | cek bank | Ekonomi | Tiada | Lihat draf bank. |
cheque alteration and forgery insurance | insurans pemalsuan dan pengubahan cek | insurans | Tiada | Satu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya. |