Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ka/] | چکق

Definisi : ukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~; ~ rambut alat drpd plastik dsb utk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus; baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis; bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan; mencekak 1. memegang sesuatu dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari te­lunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ka/] | چکق

Definisi : gamak, harapan: buat saya, tidak ada ~ lagi utk lulus peperiksaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ka/] | چکق

Definisi : Mn kelahi; bercekak berkelahi; cakak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ka/] | چکق

Definisi : 1 ukuran yg besarnya ditentukan oleh bulatan yg dibuat dgn memper­temukan ibu jari dgn jari lain: dua ~ tangkai padi. 2 = ~ rambut alat drpd plastik, getah dsb yg digunakan utk menahan rambut drpd menutupi muka atau supaya rambut kelihatan kemas. se~ jari manis cekak yg dibuat dgn mempertemukan ibu jari dgn jari manis. bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan. mencekak 1 memegang dgn ibu jari yg dipertemukan dgn jari te­ngah (atau jari-jari lain). 2 mencekik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekak

Puisi
 

Tanam seberang si cekak manis,
     Lada muda di punca kain;
Laranya hidup adik jangan menangis,
     Tubuh muda ambo cari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
earphonefon telingaSains KesihatanTiadaAlat yang berfungsi menukarkan tenaga elektrik menjadi tenaga akustik. Alat ini dipakai di kepala dan dilekatkan pada telinga tanpa menggunakan cekak kepala.
headphonefon kepalaSains KesihatanTiadaAlat yang berfungsi menukarkan tenaga elektrik menjadi tenaga akustik. Alat ini dipakai di kepala dan dilekatankan pada telinga dengan menggunakan cekak kepala.

Kembali ke atas