powder clutch | cekam serbuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Cakera cekam elektromagnet dengan ruang antara anggota cekam diisi zarah magnet. Pengenaan medan elektromagnet ke atas zarah bermagnet akan mewujudkan daya tarikan magnet antara plat cekam. |
pressure plate | plat tekanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian dalam cekam, yang menekan cekam geseran ke roda tenaga untuk berputar bersama-sama. |
friction disc | cakera cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cakera pipih berpermukaan kesat yang terdapat di dalam cekam, terletak di antara plat tekanan cekam dengan roda tenaga. |
clutch solenoid | solenoid cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Solenoid yang terdapat pada penyaman udara, untuk membolehkan cekam melekat pada kapi pemacu pemampat. Apabila cekam melekat, pemampat akan dipacu dan sistem penyejuk mula beroperasi. |
cekam histeresis | hysteresis clutch | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Salah satu daripada tiga jenis cekam elektrik tanpa geseran yang menggunakan daya elektromagnet untuk memindahkan daya kilas dari aci masukan yang dipasang pada rotor ke aci keluaran, yang dipasang pada mangkuk geseran. Gelung dawai dipasang di sekeliling rotor masukan bagi menghasilkan medan magnet di rotor dan juga di mangkuk geseran. Kehilangan histeresis pada mangkuk geseran menyebabkan fluks medan elektromagnet berubah lebih perlahan pada mangkuk berbanding pada rotor. Perbezaan ini menyebabkan kilas terhantar ke mangkuk geseran. Cekam jenis ini digunakan khusus untuk aplikasi yang memerlukan gelincir tidak malar dalam sistem penghantaran kuasa. |
overrunning clutch | cekam lebih had | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat pemacu cekam yang direka bentuk khas yang mempunyai gegelang luar dan gegelang dalam. Gegelang dalam mempunyai alur segi tiga yang menempatkan pengguling keluli keras. Gegelang dalam akan memacu gegelang luar. Jika gegelang luar berputar lebih laju daripada gegelang dalam, gegelang luar akan tergelincir atau terpisah daripada gegelang dalam. Cekam jenis ini digunakan pada penghidup enjin yang berfungsi memutarkan roda tenaga dan aci engkol ketika menghidupkan enjin. Apabila enjin telah hidup dan berputar laju, gegelang luar akan terpisah daripada gegelang dalam. Selepas itu, roda tenaga dan aci engkol enjin bebas berputar mengikut laju operasi normal. |
rim clutch | cekam sembir | Kejuruteraan | Tiada | Cekam sentuh geseran yang mempunyai unsur permukaan yang mengenakan tekanan pada sembir, sama secara luar atau dalam. |
jaw clutch | cekam rahang | Kejuruteraan | Tiada | Cekam jenis positif yang paling lazim, yang memberikan sambungan positif satu aci kepada yang satu lagi melalui muka yang berpancaan. |
magnetic clutch | cekam magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam yang beroperasi secara magnet, yang digunakan untuk mencekam dan melepaskan sesuatu alat, seperti pemampat penyaman udara atau pengecas lampau. |
sprag clutch | cekam sehala | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam dalam sistem penghantaran automatik, yang memindahkan kuasa pada satu arah sahaja, tidak pada arah yang bertentangan. |