friction disc | cakera cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cakera pipih berpermukaan kesat yang terdapat di dalam cekam, terletak di antara plat tekanan cekam dengan roda tenaga. |
clutch solenoid | solenoid cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Solenoid yang terdapat pada penyaman udara, untuk membolehkan cekam melekat pada kapi pemacu pemampat. Apabila cekam melekat, pemampat akan dipacu dan sistem penyejuk mula beroperasi. |
hysteresis clutch | cekam histeresis | Kejuruteraan | Tiada | Salah satu daripada tiga jenis cekam elektrik tanpa geseran yang menggunakan daya elektromagnet untuk memindahkan daya kilas dari aci masukan yang dipasang pada rotor ke aci keluaran, yang dipasang pada mangkuk geseran. Gelung dawai dipasang di sekeliling rotor masukan bagi menghasilkan medan magnet di rotor dan juga di mangkuk geseran. Kehilangan histeresis pada mangkuk geseran menyebabkan fluks medan elektromagnet berubah lebih perlahan pada mangkuk berbanding pada rotor. Perbezaan ini menyebabkan kilas terhantar ke mangkuk geseran. Cekam jenis ini digunakan khusus untuk aplikasi yang memerlukan gelincir tidak malar dalam sistem penghantaran kuasa. |
viscous drive fan clutch | cekam kipas pemacu likat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti dalam kipas enjin yang menggunakan bendalir likat di antara komponen pendesak dengan komponen perumahnya untuk memacu kipas. Peranti ini dihubungkan dengan pam air melalui cekam yang dikawal secara termostatik. Keadaan ini membolehkan kipas beroperasi mengikut suhu enjin. Cekam tersebut berfungsi pada suhu tinggi menyebabkan kipas ber-putar dengan laju dan menyejukkan radiator dengan lebih berkesan. Cekam dilepaskan daripada putaran pam pada suhu rendah dan menyebabkan kipas bergerak bebas serta tidak lagi berfungsi sebagai penyejuk radiator. |
magnetic clutch | cekam magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam yang beroperasi secara magnet, yang digunakan untuk mencekam dan melepaskan sesuatu alat, seperti pemampat penyaman udara atau pengecas lampau. |
sprag clutch | cekam sehala | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam dalam sistem penghantaran automatik, yang memindahkan kuasa pada satu arah sahaja, tidak pada arah yang bertentangan. |
pressure plate | plat tekanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian dalam cekam, yang menekan cekam geseran ke roda tenaga untuk berputar bersama-sama. |
coil spring clutch | cekam pegas gegelung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam yang menggunakan pegas gegelung untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga. |
diaghragm spring clutch | cekam pegas gegendang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam yang menggunakan pegas gegendang untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga. |
clutch shaft | aci cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Batang yang dipasang pada bahagian himpunan cekam. |