Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kung] | چکوڠ

Definisi : lekuk atau cengkung (mata, pipi, dll), lekuk melengkung di tengah-tengah (cermin dll): jika permukaannya melengkung ke dlm, cermin itu dinamakan cermin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kung] | چکوڠ

Definisi : 1 lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2 melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cavetto mouldingkumai cekungKesenianHiasan DalamanKumai suku bulatan yang sering digunakan pada birai hias.
negatively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cekungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain.
meniscusmeniskusKimiaKimia AnalisisKeadaan permukaan cecair sama ada cekung atau cembung yang disebabkan oleh tegangan permukaan apabila cecair bersentuhan dengan pepejal. Misalnya semasa mengambil bacaan di dalam buret, mata mestilah selari dengan aras teratas atau terbawah untuk mengelakkan paraleks.
blockfrontmeja blokfronKesenianHiasan DalamanMeja yang mempunyai tiga panel pemidang hadapan yang menegak. Kedua-dua panel di kiri dan kanan berbentuk cembung manakala panel di tengah berbentuk cekung. Meja hias ini biasanya diperbuat daripada kayu mahogani.
ramptanjakanKesenianHiasan DalamanPermukaan menurun atau menaik yang menghubungkan aras rendah kepada aras yang lebih tinggi atau sebaliknya, dengan mengambil alih fungsi tangga. Tanjakan berlaku apabila permukaan cekung bertemu dengan permukaan menegak seperti yang terdapat pada selusur tangan atau koping yang membelok dari cerun ke arah mendatar atau meningkat dari satu aras kepada aras yang lebih tinggi.

Kembali ke atas