anubias | anubias | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri. |
ring gap | celah gelang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang di antara kedua-dua hujung gelang omboh apabila dipasang di dalam silinder. Ruang ini mempunyai ukuran tertentu untuk membenarkan gelang mengembang apabila enjin panas dan kedua-dua hujung gelang tidak bertolakan antara satu sama lain. |
stenopaic disc | cakera stenopaik | Sains Kesihatan | Tiada | Radas berupa cakera dengan celah berukuran 1 mm x 25 mm untuk mendiagnos astigmatisme. |
fissure | rekahan | Kejururawatan | Tiada | 1. Dalam anatomi, merujuk kepada alur atau celah yang memisahkan sesuatu organ seperti di otak atau hepar. 2. Retakan di kulit atau membran mukosa disebabkan oleh proses penyakit. |
bubo | bubo | Herba | Fitoterapi | Radang dan bengkak pada nodus limfa terutamanya pada ketiak atau celah kelengkang akibat jangkitan penyakit seperti plag, sifilis, gonorea dan tuberkulosis. |
fan shroud | selubung kipas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Perumah plastik atau logam yang menutup dan melindungi kipas enjin. Perumah ini membolehkan kipas enjin menarik udara melalui celah sirip radiator dengan lebih efisien dan menghalang berlakunya kitaran semula udara. Selubung kipas dilekatkan terus pada bahagian belakang radiator dan biasanya berbentuk segi empat di bahagian radiator dan bulat di bahagian kipas enjin. |
splash | percikan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Minyak pelincir yang terpercik ke dinding silinder disebabkan putaran aci engkol. (2) Kesan akibat kimpalan bintik yang terkeluar dari celah lapisan kepingan logam yang dikimpal. |
fossil fuel | bahan api fosil | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan api semula jadi yang dikeluarkan dari perut bumi dan terhasil daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah tertimbus dalam batuan atau celah lapisan batuan dalam jangka masa yang sangat panjang. Keadaan ini berlaku akibat penguraian bahan-bahan organik tersebut pada suhu dan tekanan yang tinggi. |
gear-type pump | pam jenis gear | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pam yang menggunakan dua buah gear yang berputar secara berlawanan. Hasil daripada tindakan gear ini, bendalir dari kawasan luar pam yang bertekanan rendah disedut ke kawasan celah gigi gear. Bendalir ini menerima tekanan apabila gigi gear Abercantum dan seterusnya dilepaskan ke bahagian bertekanan tinggi apabila gigi gear berpisah. |
open couplet | kuplet terbuka | Kesusasteraan | Puisi | Sajak yang tidak dapat berdiri sendiri terutama dari segi makna. Baris terakhir dalam sesuatu bait itu mempunyai hubungan makna dengan bait sebelum atau bait berikutnya. Pantun berkait yang baitnya terdiri daripada dua baris saja dapat dijadikan contoh kuplet terbuka. Contohnya, seperti pantun berkait di bawah. Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupanya tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri, Kepayang tumbuh di dalam dulang; Dagangan indah tidak terbeli, Sayang sungguh nyawanya hilang. |