Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : boleh (dapat) membaca dan menulis, tidak buta huruf; kecelikan huruf keadaan atau sifat celik huruf: Malaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dr segi ~ penduduknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tahu membaca dan menulis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt membaca dan menulis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat.

Kembali ke atas