denaturation | penyahaslian | Kimia | Tiada | 1. Penambahan sedikit bahan cemar atau bahan beracun ke dalam etanol untuk menjadikannya tidak selamat diminum. 2. perubahan struktur protein akibat pendedahan kepada suhu tinggi, keadaan yang terlalu berasid atau beralkali, atau sinaran pengionan. 3. Penambahan isotop kepada bahan mudah belah untuk menjadikannya tidak sesuai digunakan dalam senjata nuklear. |
sludge | enap cemar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pepejal yang dienap atau dipisahkan daripada air sisa semasa olahan. |
emission control | kawalan pemancaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1) Peraturan untuk mengurangkan kadar toksik, tahap pencemara atau kandungan bahan cemar dalam gas ekzos kenderaan berenjin dan kilang. Kawalan ini bertujuan untuk memastikan gas ekzos yang dikeluarkan tidak mencemarkan alam sekitar. Antara bahan toksik yang diukur ialah CO, CD2, NOx, SO2 dan CH. 2) Kawalan pencemaran alam sekitar akibat gas ekzos enjin dengan menggunakan peranti yang dipasang pada sistem ekzos. Dalam kereta terkini, sistem ini meliputi penukar bermangkin, set penderia dan penggerak serta unit pemprosesan data yang akan memantau dan mengubah suai situasi. Sebagai contoh, penukar bermangkin menggunakan pemangkin dan oksigen untuk membakar sebarang bahan api yang masih belum terbakar dan sesetengah bahan kimia lain yang keluar daripada enjin melalui ekzos. Penderia oksigen dalam aliran ekzos memastikan bahawa oksigen cukup untuk pemangkin bertindak balas dan mengubah suai campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran. |
pan | seluruh; dulang penahan;kisar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mangkuk keluli atau porselin yang bulat, cetek dan cekung tempat jurugerudi dan tukang sampel membasuh enap cemar gerudi untuk memisahkan secara graviti zarah-zarah galian daripada serbuk batuan sebagai cara cepat untuk menentukan sama ada batuan-batuan yang direntasi lubang gerek mengandung galian yang bernilai.,2. Kematu: Lapisan keras yang kadang kala wujud di bawah tanah atas yang agak tak boleh telap air dan tidak menjadi lembut apabila basah. Sinonim: pan keras [hardpan] |
packed tower | menara padat | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti kawalan pencemaran udara yang mengandungi bahantara seperti pelana seramik, jubin, marmar, batu hancur, dan serpihan kayu untuk menyingkirkan bahan cemar daripada arus gas. |
dewatering system | sistem nyahair | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengepaman lubang syaf atau kaison yang dipenuhi air.,2. Menurunkan aras bumi untuk mendapatkan pengorekan kering atau untuk memaparkan sisi korekan.,3. Mengurangkan kandungan air dalam enap cemar. |
interstitial | ruang antara | Kimia | Tiada | 1. Berkaitan dengan ruang yang terbentuk di antara atom-atom di dalam kekisi hablur. Dalam keadaan yang sesuai, atom-atom kecil boleh menduduki ruang-ruang ini tanpa menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur seperti dalam borida, nitrida dan karbida logam peralihan. 2. Berkaitan dengan atom bahan cemar yang menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur. Misalnya, atom karbon atau nitrogen dalam hablur besi. |
wiper | pengelap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Alat mekanikal yang dipasang pada kenderaan untuk menyapu permukaan cermin kereta. Alat ini dipacu oleh motor elektrik dan mempunyai bekalan air untuk dipancutkan ke cermin bagi tujuan pembersihan cermin. 2. Komponen berbentuk kedap yang terletak di hadapan silinder hidraulik atau pneumatik. Komponen ini berfungsi menghindarkan kemasukan bahan cemar melalui permukaan rod ke dalam silinder. |
tetrachloroethane poisoning | keracunan tetrakloroetana | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada tetrakloroetana (formula kimia, C2H2CI4) , iaitu cecair Iikat dengan, larut dalam metanol, etanol, benzena, eter, kloroform dan karbon disulfida, tak larut dalam air. Tetrakloroetana ialah hidrokarbon berklorin yang wujud sebagai bahan cemar dalam hidrokarbon berklorin lain. Tetrakloroetana juga digunakan sebagai pelarut dalam industri. Bahan ini merupakan sebatian yang paling beracun berbanding hidrokarbon berklorin lain. Bahan ini menyebabkan narkosis yang lama dengan kerosakan teruk pada hati dan buah pinggang. Tanda utama keracunan ialah koma, demam kuning dan oliguria. Keracunan akut akibat penyedutan, pengingesan atau penyerapan kulit menyebabkan, pada mulanya, kerengsaan mata dan hidung diikuti sakit kepala dan loya. Sianosis dan penekanan sistem saraf pusat yang diikuti dengan koma teljadi selepas 1- 4 jam. Walaupun ketara sembuh atau selepas pendedahan berulang pada jumlah kurang daripada yang diperlukan untuk menyebabkan simptom akut, kerosakan hati dan buah pingga |