convex diaphragm | diafragma cembung | Buluh | Tiada | Diafragma buku berbentuk cembung, yang mengandungi saling sambungan antara vesel dan tiub tapis. |
positively accelerated learning curve | lengkok pembelajaran cembung | Sains Sukan | Biomekanik | Lengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang mendadak semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang perlahan setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Namun, kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari. |
round back | belakang lengkung | - | Tiada | Tulang belakang yang cembung bagi buku kulit keras |
salient | sesusuh | Sains Marin | Tiada | Kawasan yang surih paksi lipatannya dan berkeadaan cembung menghala ke pinggir luar jalur terlipat. |
meniscus | meniskus | Kimia | Kimia Analisis | Keadaan permukaan cecair sama ada cekung atau cembung yang disebabkan oleh tegangan permukaan apabila cecair bersentuhan dengan pepejal. Misalnya semasa mengambil bacaan di dalam buret, mata mestilah selari dengan aras teratas atau terbawah untuk mengelakkan paraleks. |
blockfront | meja blokfron | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang mempunyai tiga panel pemidang hadapan yang menegak. Kedua-dua panel di kiri dan kanan berbentuk cembung manakala panel di tengah berbentuk cekung. Meja hias ini biasanya diperbuat daripada kayu mahogani. |
clubbing | jari belantan | Kejururawatan | Tiada | Ketaknormalan jari tangan atau jari kaki akibat pertumbuhan tisu lembut pada falanks hujung jari yang berkenaan. Hujung jari ini berbonggol, dan kukunya menjadi cembung seperti tombol atau kayu pemukul gendang. Keadaan ini mungkin merupakan gejala penyakit jantung dan penyakit pernafasan. |
gadroon | hiasan bucu perabot | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ukiran rabung dan jalur pada bingkai dan bucu yang digunakan pada reka bentuk bangunan dan ruang dalaman, terutama pada reka bentuk perabot. Ukiran ini boleh dibuat dalam bentuk cembung dan digemari pada zaman Renaissance di Itali. |